Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 31, 2023 @ 5:30pm

[VIDEO] Kelakarnya! Peminat Komen Babak P*ting Kuyu Dalam Polis Evo 3, Ini Respons Syatilla Melvin -“Aku Pun Tak Perasan, Macam Mana Zizan Boleh Fokus Kat Situ”

Pelakon Syatilla Melvin meraih perhatian selepas sepotong video pendek yang dimuat naik semula oleh peminatnya tular di TikTok.

Menerusi perkongsian di platform berkenaan, Syatilla bersama suaminya, Shaheizy Sam atau lebih mesra dengan panggilan Sam muncul dalam sesi Live tersebut dan membalas komen peminat mengenai salah satu babak yang dianggap paling mencuit hati dalam Polis Evo 3 lakonnya bersama Zizan Razak.

Menurut Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla, sebagai seorang isteri dia bersyukur kerana filem lakonan suaminya itu mendapat sambutan dalam kalangan peminat filem tempatan.

Namun, menjelaskan babak puting kuyu yang terdapat dalam filem tersebut hanyalah  sebagai bahan lawak Zizan, memandangkan pelawak itu hanya fokus terhadap tubuh badan Sam.

“Alhamdulillah, aku sebagai bini pun memang aku bangga gila tengok Polis Evo tu.

“Tapi part puting tu dah tak larat tengok dah…hari-hari tengok puting. Aku sampai tak perasan puting Sam kuyu, macam mana Zizan dia boleh terfikir nak kata puting laki aku kuyu eh?

“Maksudnya sayang, dia (Zizan) memang fokus kat situ.

“Aku yang bertahun dengan Sam ni pun memang tak perasan pun pasal binatang tu,” katanya.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 37 saat itu telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dengan lebih 60,000 tanda suka beserta pelbagai komen netizen.

Manakala menerusi hantaran yang berlainan pula, rata-rata warganet mengakui babak tersebut adalah babak yang paling menghiburkan apatah lagi ketika melihat gelagat Zizan Razak.

Sekadar info, filem Polis Evo 3 yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 25 Mei lalu telahpun meraih kutipan sebanyak RM16 juta dalam masa empat hari tayangan sekali gus mengatasi rekod filem terkenal arahan Syamsul Yusof, Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan dengan hanya mengutip RM12.2 juta dalam tempoh sama.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 12 Oct 2019
Featured Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Thu, 30 Jan 2020
Hiburan Sun, 27 Jul 2025
Featured Mon, 2 Dec 2024

Daus Eli ‘Comeback’ Dengan Terukir… Mahu Fokus Ke Pentas AJL

“Kali ini takkan menghilang lagi. Kali ni memang nak fokus dengan lagu ini” – Daus Eli

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Featured Thu, 9 May 2024

Tampalan Kulit Bernilai RM30,000 Bantu Pulih Kesan Lecur Faisal Halim

Semoga dipermudahkan buat FH. Ramai yang mendoakan ya!

Trending Thu, 23 Apr 2020

Saksikan Perutusan Khas Perdana Menteri Di TV3 Malam Ini

Agaknya apa yang TSMY nak sampaikan..

error: Content is protected !!