Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 27, 2025 @ 6:51pm

Kongsi Perjalanan 4 Dekad, Ella Lancar Galeri Rockqueen… Ada Ruang Jualan, Pameran & Studio Latihan

Empat puluh dua tahun berada dalam industri muzik, Ratu Rock Malaysia, Ella mahu terus menabur bakti dan memberikan sumbangan terhadap dunia nyanyian tempatan dengan membuka pusat sehenti dinamakan Galeri Rockqueen.

Menurut Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 59, galeri itu diwujudkan sebagai platform berkongsi pengalaman dan ilmu dengan generasi muda dan ia bukan sekadar ruang jualan, tetapi juga pusat pameran dan studio muzik.

“Alhamdulillah, Galeri Rockqueen bertempat di Denai Alam. Galeri ini baru sahaja beroperasi. Bahagian depan adalah ruang untuk mempamerkan koleksi pakaian yang dijual, manakala bahagian dalam ditempatkan galeri pameran dan studio latihan.

“Istimewanya galeri ini, ia juga bakal menampilkan koleksi eksklusif seperti trofi, plak kemenangan, barangan lama ketika bersama kumpulan The Boys dan budana yang pernah digayakan sewaktu konsert. Ruang pameran ini masih dalam proses pembikinan dan bakal siap tidak lama lagi,” katanya.

Majlis pelancaran Galeri Rockqueen baru-baru ini turut diserikan dengan kehadiran suami Ella, Azhar Ghazali, serta persembahan khas bersama adiknya Korie dan anak saudaranya, Kaka Azraff.

Tidak menolak kemungkinan untuk mengembangkan Rockqueen sebagai label muzik, Ella menyimpan impian untuk melahirkan artis baharu bernaung di bawah jenama tersebut.

“Dengan pengalaman yang saya miliki, mungkin suatu hari nanti, Rockqueen boleh berkembang menjadi sebuah label yang melatih dan menaungi artis-artis baharu.

“Ia bukan sekadar galeri biasa, ia bakal menjadi tempat untuk saya berkongsi pengalaman dan ilmu dengan pelajar dari sekolah seni yang kami jalin kerjasama. Tidak ketinggalan, anak-anak muda yang berminat dengan bidang muzik juga mendapat manfaat,” katanya lagi.

Kredit foto: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Jul 2018

别再被骗!六点真相证明《小叮当》大雄根本是个超级天才!

相信不少大小朋友,小时候都曾经看过漫画或是卡通版的《小叮当》吧?每次考零分的大雄都把大家骗了,六点真相证明大雄根本是个超级天才!

Featured Fri, 14 Apr 2023
Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] Tak Guna ‘Cable’ Bapa! Danish Hakim Tetap Prinsip Elak Babak Bersentuhan & Jaga Solat Awal Waktu

Wowww, Danish Hakim beranikan diri sertai program realiti Fit For Action! Cayalah, teruskan legasi Norman Hakim & Abby Abadi dalam bidang lakonan gituuu 🤩 🤩

Hiburan Tue, 31 Mar 2026

Isu Sijil Nikah Selesai, Peguam Tampil Jelaskan Kekeliruan Perkahwinan Aslam & Marissa Dania

Pernikahan mereka adalah sah mengikut hukum syarak – Peguam

Hiburan Wed, 19 Apr 2023

TV3 & TV9 Bakal Menyajikan Program Program Menarik Sempena Syawal

Jangan lupa saksikan pelbagai program menarik syawal ini di TV3 dan TV9!

error: Content is protected !!