Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 17, 2024 @ 2:28pm

Enggan Menipu, Dahlia Rizal Cuba Dulu… Lepas Puas Hati Baru Review – “Dulu Masa Muda, Saya Tak Fikir Panjang”

Pempengaruh popular, Dahlia Rizal enggan menipu pengikutnya dengan melakukan ulasan palsu berlandaskan wang semata-mata di laman sosial.

Tak mahu menanggung dosa mempengaruhi orang lain dengan perkara yang tidak dilakukan, isteri kepada pelakon Imran Aqil ini akan mencuba sendiri sesuatu produk atau makanan sebelum bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana jenama.

“Saya mula sedar selepas menghadiri kelas agama bersama suami. Dalam sesi terbabit, ustaz mengatakan pempengaruh akan mendapat dosa besar jika menipu dalam membuat ulasan. . Saya tidak mahu tanggung dosa dan takut di akhirat nanti.

“Ada produk atau makanan yang tidak dicuba, ia tidak berkualiti atau rasanya tidak sedap, tapi saya tipu mengatakan sebaliknya. Bayangkan jika 100,000 orang yang beli produk atau makanan itu hanya kerana melihat ulasan yang saya lakukan.

“Saya akan mendapat dosa besar daripada setiap orang yang beli kerana saya. Dulu semasa muda, saya tidak berfikir panjang dan kejar duit sahaja, sekarang saya sedar tanggungjawab seorang pempengaruh sangat besar. Jadi, ada beberapa hantaran terdahulu yang sudah saya padamkan dan saya bertaubat kepada Allah,” katanya.

Dahlia ditemui pada majlis sidang akhbar pelantikannya sebagi duta terbaharu produk makanan kesihatan K-Colly di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berbicara tentang pelantikannya sebagai duta jenama terbabit, Dahlia mendedahkan dia mencuba sendiri produk itu selama hampir dua bulan sebelum membuat keputusan untuk menjalinkan kerjasama dengan jenama popular tersebut.

“Saya tidak suka makan ubat dan tidak pernah mengamalkan sebarang suplemen untuk kulit wajah. Jadi, saya cuba sendiri dan lihat keberkesanannya sebelum bersetuju untuk jadi duta.

“Sebab produk suplemen kita makan akan masuk dalam badan, saya tidak akan promosi produk yang tidak selamat digunakan. Saya yakin K-Colly memang selamat untuk diamalkan sebagai makanan kesihatan tambahan untuk kulit,” jelas Dahlia.

Disoal tentang karier, kata Dahlia dia ada menerima tawaran lakonan tetapi masih belum yakin untuk menjadi seorang pelakon kerana sukar untuk menghafal skrip.

Bahkan suaminya, Imran Aqil tidak menggalakkan untuk Dahlia terjun ke dunia lakonan.

“Saya berminat untuk mencuba tetapi suami tidak galakkan sebab dia tahu saya sukar untuk menghafal skrip. Suami juga tidak mahu saya berlakon jika drama ada hero atau love story.

“Jadi, daripada menyusahkan produksi dan dimarahi pengarah lebih baik tidak berlakon buat masa ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Sharnaaz Ahmad Failkan Permohonan Nusyuz, Hanya Mahu Selamatkan Keadaan

Harap-harap boleh diselesaikan dengan cepat dan adil kepada kedua-dua pihak.

Hiburan Sun, 7 Oct 2018

ABPBH31: Tiga Hos Gila-Gila Kongsi Rasa Menjelang Malam Kemuncak

Tak sabar nak tengok gandingan Ajak, Janna Nick & Zara Zya di pentas ABPBH 31 yang disiarkan secara langsung menerusi TV3, jam 9 malam ini! Anugerah ini mempertaruhkan 13 kategori utama dan lima kategori online. Jangan lupa tonton okay.

Selebriti Wed, 17 Apr 2024

Video Kejutan Tular Disangka Hamil Anak Kedua, Ini Respons Syifa Melvin

Alamak! Belum hamil anak kedua lagi – Syifa Melvin

Featured Fri, 17 Apr 2020
Featured Tue, 16 May 2023
Trending Wed, 24 Aug 2022

“Sangat Humble” – Biarpun Tangan Penuh Barang, Eyra Hazali Selamba Tolong Peminat Ambil Foto

Sikap merendah diri yang ditonjolkan oleh pelakon Eyra Hazali meraih perhatian netizen. Terbaharu, nama Eyra Hazali menjadi bualan selepas videonya menawarkan diri untuk menangkap gambar peminat biarpun tangannya penuh dengan barang tular di laman TikTok. […]

Hiburan Tue, 11 Apr 2023
Featured Fri, 2 Dec 2022
Hiburan Mon, 13 Jan 2025

“Tuduhan Tak Cipta Lagu Sendiri Fitnah.. Sampai Hati Cakap Macam Tu” – Aina Abdul

Aina Abdul nafi tuduhan tidak mencipta lagunya sendiri.

error: Content is protected !!