Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 21, 2024 @ 7:45pm

Tampil Dengan Single Hening Rindu, Marsha Milan Gembira Lagu Dipilih Jadi OST Aku Bukan Ustazah

Penyanyi Marsha Milan sekali lagi memukau peminat dengan dengan lagu terbaharu berjudul Hening Rindu yang menjadi lagu tema untuk drama bersiri slot Akasia, Aku Bukan Ustazah yang sedang hangat bersiaran di TV3 dan secara HD di di Tonton melalui aplikasi atau www.tonton.com.my.

Hening Rindu muncul selepas Marsha mencipta fenomena dengan single Dulu Kini Dan Akhirnya yang menjadi lagu tema drama bersiri Lelaki Itu yang tamat bersiaran baru-baru ini.

Lagu Hening Rindu merupakan sebuah balada yang menggugat jiwa adalah hasil ciptaan komposer terkenal Ikhwan Fattana dan Wan Salleh dan liriknya ditulis oleh Wan Salleh sendiri serta merupakan lagu single yang ke-9 Marsha bersama Alternate Records & Talents

Menurut Ikhwan Fatanna selaku komposer, vokal Marsha yang sangat luar biasa dapat menyampaikan mesej yang meyakinkan dalam Hening Rindu.

“Ini merupakan kolaborasi saya yang pertama dengan Marsha dan dia merupakan penyanyi yang sangat hebat! Saya teruja untuk melihat kejayaan Marsha membawakan lagu Hening Rindu.

“Ia merupakan sebuah lagu balada yang penuh dengan emosi dan perasaan rindu yang mendalam. Melalui melodi yang memukau, liriknya dibuai oleh gambaran perasaan kehilangan, kenangan yang berharga, dan cinta yang abadi walaupun dipisahkan oleh jarak dan waktu. Lagu ini menyentuh hati pendengar dengan tema universal tentang cinta dan rindu yang dialami oleh setiap insan,” kata Ikhwan.

Menurut Marsha pula, dia berbesar hati dapat menyampaikan single Hening Rindu dan lagu ini terpilih sebagai OST Aku Bukan Ustazah.

“Saya sangat berbesar hati dapat menyumbangkan suara sekali lagi untuk lagu tema drama bersiri Aku Bukan Ustazah. Menyampaikan lagu tema drama memerlukan penghayatan emosi yang mendalam.

“Bukan sekadar menyampaikan lirik dan melodi, tetapi juga perlu merasai dan memahami emosi yang disampaikan. Melodinya syahdu, sarat dengan maksud tersirat. Saya berharap ia dapat menyentuh hati penonton seperti mana ia menyentuh hati saya ketika merakamkannya.

“Mendengar melodi Hening Rindu sangat menangkap hati, saya terus menyukainya dan bersetuju untuk berkolaborasi. Lagu dan video ini sangat istimewa bagi saya, sesuatu yang saya rasa kita semua mungkin pernah rasa. Ia membawa kembali suasana balada tahun 90-an tetapi dengan sentuhan yang moden.

“Saya bangga dapat menjadi sebahagian daripada projek kreatif yang besar ini. Sebagai seorang penyanyi saya rasa ianya sentiasa menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan dinamik rasa dan warna kepada mana-mana kanvas yang diberikan,” kata Marsha pula.

Muzik video Hening Rindu adalah kesinambungan kepada Dulu, Kini dan Akhirnya dan diarahkan oleh Izuan Mokhtar itu membawakan jalan cerita yang membongkar tentang Marsha yang diabaikan sebelum ini oleh suaminya Mirza, kerana Mirza sudah mempunyai perempuan lain iaitu Qaidah.

Selepas pergaduhan, Marsha terlibat kemalangan sehingga meninggal dunia termasuk bayi di dalam kandungannya. Penyesalan Mirza di atas segala perbuatannya terhadap isterinya digarap dengan baik dalam setiap babak.

Muzik video ini juga menampilkan lokasi-lokasi yang indah dan sinematografi yang mempesonakan disekitar Eco Majestic, Batai, Sepang, UPM Serdang, Subang Bestari dan Tadom Hill, menjadikan ia sebuah karya seni yang lengkap. Penggambaran yang mengambil masa tiga hari ini turut menampilkan penampilan khas Datuk Adi Putra sebagai Mirza.

Sebelum ini, single Marsha yang berjudul Dulu Kini Dan Akhirnya yang merupakan lagu runut bunyi kepada drama Lelaki Itu telah mencatat lebih 195,000 tontonan di YouTube dan sekaligus menjadikan lagu tersebut trending di YouTube Music di tangga ke-25 dan juga mendapat 70 juta tontonan di aplikasi Tik Tok sehingga kini.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu Hening Rindu dan Dulu Kini Dan Akhirnya nyanyian Marsha yang telah mula bergema di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify dan YouTube Music.

SINOPSIS AKU BUKAN USTAZAH

Aminah merupakan seorang niqabis yang berpaling dari ijtihadnya kerana fitnah manusia. Kerana seorang Adam, maruahnya sebagai niqabis dipijak-pijak lalu dia tekad untuk keluar mencari jalan hidup sendiri. Di situlah bermula episod kehidupannya bersama dengan rakan-rakan yang berbeza pegangan hingga dia hampir tersesat di dalam lembah kesilapan yang dilakukannya sendiri. Dia mencipta dirinya sebagai ‘Miya’ manakala ‘Aminah’ ditinggalkan semakin jauh.

Adam dan Omar. Dua pemuda yang berbeza cara hidup cuba merebut kasih sang niqabis. Adam merupakan pemilik sebuah restoran bar, hidupnya penuh dengan noda manakala Omar seorang doktor perubatan lulusan universiti di Mesir dan sangat menjaga agamanya. Antara dua, hanya seorang yang Aminah paling dekat namun sering dia menafikan perasaannya itu.

Drama bersiri 28 episod terbitan Global Station Sdn Bhd yang diarahkan oleh Idora Abdul Rahman ini menampilkan pelakon seperti Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Haneesya Hanee, Shaza Bae, Qistina Khaled, Fikhree Bakar, Ahmad Syafiq, Razak Ahmad, Fadilah Mansor, Azhar Sulaiman, Danial Dashuki dan Syad Mutalib.

Jangan ketinggalan untuk menonton Aku Bukan Ustazah menerusi slot Akasia setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Jul 2023
Hiburan Mon, 20 Jan 2020
Featured Mon, 10 Nov 2025

“Nubhan Diam Tapi Ramai Yang Nak Jadi Hamba Dia Sebar Fitnah”- Dr. Afifah

Dr.Fie seolah-olah memberi bayangan bahawa ramai pihak tidak bertanggungjawab yang kononnya menyamar dan menggunakan akaun palsu untuk menimbulkan kekeliruan.

Bulan Madu Mon, 14 Jul 2025
Selebriti Fri, 15 Mar 2024
Featured Fri, 21 Feb 2025

Imran Bard Respons Tuntutan Ellie Suriaty Minta Ibu Bapa Minta Maaf – “Saya Hormat Dia Sebagai Orang Tua”

Katanya, dia masih menghormati Ellie sebagai seorang yang lebih tua apatah lagi dia merupakan seorang artis legenda.

Featured Tue, 23 Jun 2026

Iman Troye Ambil Langkah Berani Rakam Semula Lagu ‘Terasing’ 

Iman Troye mengambil langkah berani apabila merakamkan semula lagu yang dipopularkan oleh penyanyi lagenda, Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

Hiburan Thu, 3 Apr 2025
error: Content is protected !!