Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 22, 2024 @ 3:28pm

Comelnya! Fatima Emosi Tengok Fazura Dipukul Dalam Drama Lelaki Itu, Siap Panggil Polis

Anak kepada pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya tampil meraih perhatian meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat reaksinya menonton drama Lelaki Itu.

Dalam perkongsian tersebut, Fatimah kelihatan sangat emosi apabila menonton babak Imani lakonanya ibunya, Fazura dibelasah oleh Amin yang dilakonkan oleh Fadlan Hazim.

Lebih mencuit hati, Fatima sempat memanggil polis demi menyelamatkan ibunya dalam drama tersebut.

“Anak pendekar ni, garang betul marah orang buat mommy dia,” tulisnya di kapsyen.

Geli hati melihat reaksi si cilik itu, perkongsian itu telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Selain Fazura dan Fadlan, drama Lelaki Itu turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nabila Huda, Nadia Brian, Sophia Albarakbah, Hanna Delisha dan Aedy Ashraf.

Orang ramai boleh menonton drama arahan Erma Fatima dan Along Kamaludin itu di Slot Samarinda TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Oct 2019
Hiburan Thu, 26 Feb 2026

Terbitkan Dentam Dentum Raya Nyanyian Trio Mut, Jaja Ishak Jawab Dakwaan Tumpang Populariti Hadie, Ammar & Auddra

Jaja Ishak tidak melihat dakwaan dirinya menumpang populariti tiga penyanyi muda Hadie Elfardie, Ammar Haikal dan Auddra Zulkifli sebagai sesuatu yang negatif.

Events Wed, 28 Nov 2018

张韶涵大马演唱会请「好朋友」当嘉宾?她只说……

相隔两年张韶涵将于2019年1月12日再度来马开唱!问她会否邀请「好朋友」当嘉宾时,她只说了……

Featured Fri, 16 Dec 2022
Hiburan Sat, 6 Dec 2025

“Soalan Mengenai Kehamilan Agak Sensitif, Saya Sendiri Takut Nak Tanya Orang Lain” – Amira Othman

Amira Othman memahami soalan itu sudah menjadi kebiasaan, lagi-lagi statusnya sebagai seorang selebriti. Tapi, dia sendiri berhati-hati untuk bertanya soalan sedemikian kepada orang lain.

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Apex Kembali Merampas Takhta Juara Mingguan Mentor Milenia 2019!

Apa agaknya persembahan Apex minggu separuh akhir nanti??

error: Content is protected !!