Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 6, 2025 @ 8:16pm

“Soalan Mengenai Kehamilan Agak Sensitif, Saya Sendiri Takut Nak Tanya Orang Lain” – Amira Othman

Menganggap soalan berkaitan kehamilan adalah hal biasa untuk mana-mana pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, penyanyi Amira Othman tenang berhadapan dengan spekulasi yang mendakwa dirinya sedang berbadan dua.

Menyifatkan ia sebagai doa, Amira memahami situasi berkenaan kerana sebelum berkahwin orang sering bertanya tentang jodoh dan selepas mendirikan rumah tangga, perkara seterusnya yang ditanya sudah tentu mengenai zuriat.

“Kalau saya nak nafikan atau mengiyakan, semuanya ada waktunya. Bila tiba masa yang tepat, kami akan kongsi apa sahaja berita yang baik. Apa pun, saya anggap setiap pertanyaan sebagai doa yang positif,” katanya kepada XTRA.

Amira ditemui pada program Amber Allstar Picklebash di Kings Court, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tambah pelantun lagu Jaga Jaga itu, dia dan suami, pelakon Fattah Amin sentiasa terbuka menerima rezeki cahaya mata sekiranya itu sudah ditentukan untuk mereka.

“Kami tidak pernah tolak rezeki. Apa sahaja kurniaan yang baik, kami terima dengan syukur. Kalau Allah dah tetapkan masa dan bilangannya, itu yang kami terima dengan hati terbuka,” ujarnya.

Pada masa sama, Amira mengakui soalan mengenai kehamilan boleh menjadi isu sensitif bagi sesetengah pasangan yang baru berkahwin.

Menurut penyanyi lagu Rasa dan Takdir ini, walaupun dia memahami ia sudah menjadi kebiasaan terutama apabila bergelar selebriti, dia sendiri berhati-hati untuk bertanya soalan sedemikian kepada orang lain.

“Kami pun masih baru berkahwin dan saya tahu soalan tentang anak boleh jadi sensitif. Secara jujur, saya sendiri takut nak tanya orang lain sebab bimbang menyentuh perkara yang peribadi,” katanya.

Sementara itu, suaminya yang juga pelakon, Fattah, 35, berkongsi pandangan sama dengan menyatakan mereka tidak pernah menolak rezeki jika dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.

“Dalam apa sahaja perkahwinan, semua pasangan tentu mahu ada zuriat. Cepat atau lambat, itu rezeki masing-masing. Bila waktunya tiba, kami pasti akan kongsikan khabar baik itu kepada peminat.

“Kami tahu ramai yang mendoakan. Apa sahaja sangkaan atau kata-kata yang baik, kami ambil sebagai doa. Tak ada sebab nak kecil hati. Bila sudah sampai masa yang sesuai, kami akan beritahu,” ujarnya.

Terdahulu, Amira dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 14 September lalu dalam majlis yang diadakan di sebuah resort di Sepang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Dec 2022

Suka Lihat ‘Sisterhood’ Rozyana Roslan & Kieda Amy, Netizen Doakan Persahabatan Mereka Berkekalan

Pasti ada yang mengenali pempengaruh dan usahawan Rozyana Roslan atau lebih dikenali sebagai Rozy yang sering memuat naik pelbagai video solekan sehingga berjaya menarik perhatian ramai. Baru-baru ini, Rozy selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah […]

Trending Thu, 10 Oct 2019

Spook Alert! Conquer Your Worst Nightmare At Sunway Lagoon Nights Of Fright 7

Nights of Fright returns for the seventh year and it gets even more SCARY AF

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

“Bukan Tujukan Sesiapa” – Kaka Azraff Perjelas Perkongsian Threads, Mahu Buka Ruang Kesedaran

Kaka menegaskan kepentingan kesedaran dalam membantu seseorang memahami dan menghadapi sesuatu situasi dengan lebih baik.

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Filem Superhero DC Terbaru, Shazam Bakal Gegar Panggung!

Dikatakan menjadi saingan buat Captain Marvel DC Bakal muncul dengan filem superhero terbaru iaitu Shazam!

Featured Thu, 17 Jun 2021

Fasih Cakap Melayu & Bijak, Duta Amerika Syarikat Ini Curi Tumpuan Ramai

Ketika negara masih dilanda pandemik Covid-19 dan lockdown, negara Amerika Syarikat telah bertindak membantu Malaysia dengan menghulurkan  bantuan tambahan  kesihatan. Menerusi perkongsian video oleh kedutaan Amerika Syarikat di Facebook, Duta Besar A.S ke Malaysia Brian […]

Hiburan Tue, 18 Jun 2024

Tiada Masalah Bercinta Beza Agama, Keith Foo Terbuka Dalami Agama Islam

Alhamdulillah, kita doakan yang terbaik untuk Keith Foo & Riena Diana ❤️🥰

error: Content is protected !!