Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 14, 2025 @ 7:50pm

Tahniah! Syafiq Kyle, Mimi Lana Kini Sah Menjadi Pasangan Suami Isteri

Pelakon popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana akhirnya berkongsi berita gembira kepada seluruh peminat mereka apabila kedua-duanya kini sah bergelar suami isteri.

Berita itu disahkan sendiri oleh pasangan ini menerusi muat naik di ruangan Instagram masing-masing.

Menerusi perkongsian tersebut, Syafiq dan Mimi kelihatan mengenakan baju Melayu dan kurung moden berona putih.

“Alhamdulillah, got married on a blessed Friday,” tulis Syafiq.

Sementara itu, hantaran berkenaan turut disertai tanda pagar #skmlfoundthedate.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

Terdahulu, pasangan ini mengejutkan ramai pihak apabila membuat hantaran sama berupa foto milik mereka berdua beserta cincin dijari.

Malah, berdasarkan pemerhatian XTRA, ibu Syafiq, Rohaya Sulaiman  menerusi perkongsian di ruangan Instagram Storynya turut memuat naik foto beserta kapsyen yan tertulis, ‘Semoga Allah permudahkan segala urusan kami’.

Sebelum ini Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis itu dibatalkan.

Tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 May 2025

[VIDEO] “Buang Tatu, Buang Benda Haram & Berubah Jadi Muslimah Lebih Baik” – Nilam Ortiz & Azlan Komeng Ikhtiar ‘Berubat’

Nilam berkata ikhtiar rawatan ini dianggap sebagai ‘berperang’ kerana untuk membuang ‘benda’ tersebut bukanlah mudah.

Featured Tue, 24 Mar 2020

Rouge Hermès serlahkan kecantikan semula jadi wanita

Nak beli beg tangan tak mampu, dapat gincu pun jadilah!

Featured Thu, 7 Apr 2022

Libatkan Cahaya Mata Dalam Rancangan ‘Diari Daddy’, Shuib Tak Cenderung Anak-Anak Jadi Artis

Mungkin ada sebab tersendiri mengapa Shuib memilih sedemikian..

Featured Wed, 15 Mar 2023

Shila Amzah Kongsi Momen Tangani Anak Alami ‘Speech Delay’- “Kena Banyak Bersabar, Jangan Give Up!”

Wah, sekali dia sebut words sedap giler dengar! Accent tu mahal ek..🤩

Trending Thu, 5 Nov 2020
error: Content is protected !!