Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 6, 2025 @ 5:48pm

Aruel & The Fasola Janji Persembahan Penuh Nostalgia Dalam Malam Pesta Ronggeng di Saloma KL

Aruel & The Fasola bakal menghidupkan kembali kenangan indah menerusi persembahan eksklusif sempena Malam Pesta Ronggeng yang dijadualkan berlangsung pada 15 dan 16 Ogos ini di Saloma Kuala Lumpur.

Dianjurkan oleh HS Event & Entertainment, acara istimewa ini bakal menyatukan peminat muzik klasik dari pelbagai generasi dalam suasana yang sarat dengan nostalgia dan sentuhan moden. Malam istimewa itu juga diharap menjadi jambatan antara muzik warisan dengan citarasa semasa.

Mewakili kumpulan tersebut, Aruel menyifatkan peluang mengadakan persembahan ini sebagai detik bermakna buat mereka.

“Kami, Aruel & The FasoLa, mula aktif membuat persembahan sejak 2022 hanya secara ‘private’ dan ‘underground’. Namun, kini dengan sokongan ramai dan peluang besar ini, kami sangat terharu.

“Alhamdulillah, saya benar-benar bersyukur atas peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak penganjur serta semua yang terlibat. Pastinya kami ingin memberikan persembahan yang maksimal untuk semua yang bakal hadir. Kami benar-benar teruja dan berterima kasih kepada semua,” katanya.

Konsert dua malam itu akan menampilkan rangkaian lagu-lagu nostalgia dari era 1940-an hingga 1960-an, khususnya karya legenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Saloma, diiringi barisan 10 pemuzik profesional termasuk penyanyi latar.

Menurut Aruel, konsep persembahan yang dibawa adalah seakan-akan suasana klasik di ‘Buloh Inn’, yang diberi nafas baharu melalui gabungan elemen muzik lama dan moden.

“Kami bawakan gubahan muzik dengan gabungan elemen klasik dan moden agar lebih segar untuk didengar semua tetamu. Ia bukan sahaja mengekalkan keaslian karya lama tetapi turut memberi sentuhan baharu supaya relevan kepada generasi masa kini,” jelasnya.

Bercakap tentang tema utama malam tersebut, iaitu ‘ronggeng’, Aruel menjelaskan konsep itu diberi nafas lebih luas dan menyeluruh.

“Dalam sudut kebudayaan, memang wujud istilah ‘tarian ronggeng’. Namun bagi kami, Aruel & The Fasola, ronggeng itu kami gambarkan dengan suasana tari menari yang mana muzik kami mempunyai elemen Malay Jazz dan klasik serta suntikan latin seperti Cha Cha, Rumba, Bossa dan Twist pasti akan menukarkan malam itu menjadi malam tari menari untuk semua yang hadir,” katanya.

Tambah Aruel lagi, mereka berharap persembahan tersebut bukan sekadar hiburan tetapi juga mampu mencetuskan semula nostalgia buat para penonton.

“Semestinya kami akan cuba membuat semua tetamu bangun dan menari bersama pada malam itu. Kami mahu menghidupkan semula kenangan manis dengan lagu-lagu klasik yang sudah sebati dalam jiwa ramai penggemar,” katanya.

Sementara itu, wakil penganjur Datin Riza Che Umar menyatakan objektif utama penganjuran adalah untuk memperkenalkan semula keindahan muzik klasik kepada khalayak muda selain meraikan peminat muzik lama.

“Objektif utama penganjuran acara ini adalah untuk mengembalikan memori indah muzik klasik kepada generasi baharu sambil meraikan peminat muzik lama.

Jadi, Malam Pesta Ronggeng ini diadakan untuk mencipta ruang hiburan yang bukan sahaja eksklusif tetapi juga mengekalkan elemen seni budaya tempatan yang semakin dilupakan. Kami ingin semua tetamu merasai keunikan muzik klasik dengan sentuhan moden dalam suasana penuh gaya,” katanya.

Riza turut memaklumkan sambutan setakat ini sangat menggalakkan dengan sasaran 50 meja bagi kedua-dua malam persembahan tersebut.

“Alhamdulillah, setakat ini, sambutan jualan tiket amat memberangsangkan dengan sasaran 50 meja untuk dua malam persembahan. Kami optimis untuk melihat kehadiran penuh bagi kedua-dua malam ini,” katanya.

Menariknya, Riza turut mendedahkan pihaknya merancang untuk menjadikan Malam Pesta Ronggeng sebagai acara tetap setiap empat bulan.

“Insya-Allah, kami merancang untuk mengadakan acara seperti ini setiap empat bulan sekali di Saloma KL supaya hiburan berkonsep klasik terus mendapat tempat di hati penggemar seni tanah air,” katanya.

Tiket untuk Malam Pesta Ronggeng ditawarkan dalam tiga kategori. Diamond (VIP) berharga RM8,000 untuk satu meja atau RM800 seorang, termasuk makan malam dan barangan rasmi acara. Platinum pula ditawarkan pada harga RM6,000 untuk satu meja atau RM600 seorang, juga merangkumi makan malam dan merchandise rasmi. Sementara itu, kategori Gold boleh didapati pada harga RM4,000 untuk satu meja atau RM400 seorang, lengkap dengan pakej makan malam dan barangan rasmi.

Untuk tempahan tiket atau meja, sila hubungi SNI di 012-662 4079, Hatta di 018-223 9934 atau Joe di 017-470 5455.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 26 Sep 2022
Featured Fri, 13 Jan 2023

Dr Zulkifli Titip 13 Nasihat Buat Syamsul Yusof, Harap Isu Diselesaikan Dengan Baik

MasyaAllah sungguh bermanfaat sekali pencerahan Dr Zulkifli

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Featured Thu, 23 Apr 2026

“Duit Tu Untuk Fakir Miskin Kau Sakau Apa Hal” – Aliff Syukri

Aliff Syukri menyatakan kemarahannya mengenai penyelewengan dana zakat berjumlah ratusan ribu ringgit babitkan NGO

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Featured Tue, 8 Jun 2021

“Tak Macam Drama Biasa, Macam Tengok Filem”- Netizen Puji Sinematografi Masih Ada Rindu

Drama Akasia Masih Ada Rindu yang baru sahaja ditayangkan pada 1 Jun lalu kini semakin mendapat perhatian ramai. Keserasian antara dua pelakon utama iaiitu Farid Kamil dan Mimi Lana membuatkan membuatkan para penonton ternanti nanti […]

Featured Tue, 20 Aug 2024

“Saya Tidak Mahu Kenyataan Saya Memberi Impak Negatif Pada Orang Lain”- Puteri Sarah Liyana

Better Sarah tak cakap apa-apa kan? Kang netizen laju je 🤪

Featured Thu, 2 Mar 2023
Hiburan Wed, 16 May 2018

Here’s a Brand New Awesome Malaysian Band Everyone Must Check Out

They are young, fresh and totally worth listening to.

error: Content is protected !!