Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd April 2, 2021 @ 3:18pm

12 April Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan

Bulan Ramadan menjelang tiba..

Tarikh melihat anak bulan Ramadan di Malaysia adalah pada petang Isnin, 12 April ini iaitu bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan pada Jumaat menyatakan tempat melihat anak bulan Ramadan dilakukan di 29 lokasi seluruh negara.

Kenyataan itu berkata, cerapan anak bulan akan dilaksanakan di 29 lokasi terpilih oleh jawatankuasa diperkenankan untuk melihat anak bulan.

Lokasi berkenaan ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting; Kuala Langat, Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak serta Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah serta Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan serta Esplanade Luak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Menurut kenyataan itu lagi, Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” menurut kenyataan itu. – Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 7 Aug 2019
Trending Wed, 16 Jun 2021

Bukan Cerita Klise, Budak Tebing 2 Pamer Isu Kekeluargaan & Penderaan

Dengar cerita Drama ni bukan drama cintan cintun macam selalu tu….

Hiburan Thu, 18 Jun 2026

“Handsome Tak Cukup Buat Perempuan Setia” – Luahan Nadhir Nasar Raih Perhatian Netizen

Nadhir tampil dengan kenyataan ringkas namun cukup mencuri perhatian apabila menyifatkan rupa paras yang tampan bukanlah jaminan untuk memperoleh kesetiaan

Hiburan Tue, 13 Jun 2023

Bakal Bawakan Irama Keroncong, Han Byul Cuba Kelainan Dalam Nyanyian

peh susah ni lidah korea bawa lagu keroncong

Featured Tue, 3 Jan 2023
Hiburan Sun, 7 Jul 2024

Pilih Model Jadi Suri Hati, Sean Lee Sah Bergelar Suami!

Wahhh, congrats Sean Lee and wife 😘😘

Hiburan Sun, 18 Jan 2026

Ben Amir Sah Bergelar Suami Pada Disember Lalu

Tahniah Ben Amir & isteri, selamat pengantin baharu!

error: Content is protected !!