Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 31, 2024 @ 8:29pm

Fazura Terima Banyak Tawaran Berlakon Sinetron Indonesia, Teringin Nak Bawa Watak Psiko – “Tak Sanggup Tinggal Anak & Suami…”

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura memasang impian untuk membintangi sinetron di bawah produksi Indonesia.

Ketika ditemui XTRA, isteri kepada aktor Fattah Amin ini memaklumkan dia ada menerima beberapa tawaran untuk berlakon sinetron namun perlu berfikir panjang terutamanya komitmen terhadap suami dan anak.

“Dah dapat tawaran tapi saya perlu berfikir panjang sebab sinetron sampai beratus atau beribu episod kalau dapat sambutan. Saya cuba untuk pilot (perintis) 10 episod dulu.

“Saya tak sanggup nak tinggalkan anak dan suami. Komitmenya sangat tinggi dan perlu bersedia dari segi mental dan fizikal sebab kena tinggalkan anak dan bisnes untuk berkampung di sana ada tawaran, tetapi saya masih memikirkannya,” katanya.

Fazura

Sementara itu, Fazura turut memaklumkan dia bakal muncul dalam dua drama bersiri bersama pengarah terkemuka, Erma Fatima yang akan memulakan penggambaran pada hujung bulan ini dan September.

“Buat masa ini saya lebih suka berlakon drama kerana penontonnya lebih luas. Semua orang, tak kira lapisan masyarakat, sama ada di bandar atau luar bandar, boleh menonton di televisyen, Saya senang bila karya saya dapat ditonton semua,” tuturnya.

Fazura berkata demikian ketika ditemui di majlis peluncuran koleksi tudung Fazura kolaborasi bersama KPM PROSPEC di Westin Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketika disoal mengenai pemilihan watak, aktres filem popular Manisnya Cinta Di Cappadocia ini teringin untuk membawa watak psiko.

Bagaimanapun, Fazura tidak menafikan ada beberapa watak yang perlu dipertimbangkan mengikut kesesuaian imejnya yang muslimah serta menonjolkan mesej baik.

“Saya belum pernah bawa watak psiko. Banyak permintaan nak saya buat komedi… kali terakhir ketika membintangi filem arahan Bernard Chauly iaitu Pisau Cukur,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Saya & Fattah Baik Sahaja, Spekulasi Itu Tak Betul” – Fazura Leraikan Dakwaan Rumah Tangga Bergolak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 May 2022
Kisah Viral Wed, 20 Dec 2023

Berang Dihalang Masuk Kondominium, Pemuzik Ditahan Akibat Patahkan Pagar Automatik… Rupanya Ada Tunggakan RM6,448

Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga 22 Disember ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Hiburan Tue, 11 Jun 2024
Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Tur SAMA SAMA Tawar Persembahan Magis Buat Peminat Malaysia Malam Ini!

Sempat lagi kepada mereka yang nak saksikan Tur SAMA SAMA malam ini, beli tiket sekarang!

Featured Tue, 9 May 2023
Hiburan Sun, 29 Aug 2021

4 Filem Terbaik Di TV3 Sepanjang September Ini!

TV3 akan sentiasa menemani hujung minggu anda dengan 4 filem box-office terbaik dan berkualiti pada setiap Ahad, pukul 9 malam hingga 11.30 malam sepanjang bulan September ini menerusi Magnificent 8. Pastinya menghiburkan kerana filem-filem yang […]

Featured Wed, 20 Aug 2025
error: Content is protected !!