Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 16, 2021 @ 2:52pm

Bukan Cerita Klise, Budak Tebing 2 Pamer Isu Kekeluargaan & Penderaan

Drama rantaian paling popular di TV3 ini kembali menemui peminatnya selepas kejayaan meraih 1o juta tontonan sepanjang bersiaran pada Mac tahun lalu.

Dengan sambutan yang cukup baik dari peminat dan penonton setia TV3, Budak Tebing 2 bakal menemui peminatnya bermula 18 Jun 2021 menerusi slot Lestary di TV3.

Drama bersiri 13 episod yang diarahkan oleh Feroz Kader ini pastinya tampil dengan kelainan kerana terdapat plot baharu yang akan diketengahkan namun, watak dan elemen yang sama masih dikekalkan pada musim kedua ini.

Mengakui memikul tanggungjawab yang besar untuk Budak Tebing 2, Feroz bagaimanapun berharap agar peminat drama ini masih setia dan menyokong drama tersebut seperti pada musim pertama.

“Core Budak Tebing 2 kali ini masih sama sebab kita tahu penonton suka. Tapi tanggungjawabnya besar sebab kita tidak tahu apa target atau expectation penonton untuk kali ini”

Bukan drama klise, Budak Tebing 2 masih mengambil pendekatan masalah sosial dalam kalangan remaja malah, untuk musim kedua ini, pendekatan terhadap isu kekeluargaan dan penderaan akan diketengahkan.

Selain itu, perubahan watak-watak budak tebing yang lebih matang dan penambahbaikan kepada watak Afendi lakonan Fauzi Nawawi dan watak Pablo yang dijayakan oleh Pablo Amirul juga dapat dilihat.

Bagi peminat watak Tongki (Aedy Ashraf), Arif (Adam Lee) dan Yoyol (Fariz Isqandar) juga ada elemen surprise yang akan diketengahkan dimana, watak utama ini akan berdepan dengan konflik mereka masing-masing.

Jadi, kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut apakah yang bakal terjadi kepada persahabatan mereka, jangan ketinggalan untuk saksikan Budak Tebing 2 menerusi slot Lestary TV3 mulai 18 Jun 2021, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul malam ATAU menerusi perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama, bermula 10 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Apr 2024

Penuhi Hasrat Ibu, Sherry Alhadad Beraya Seminggu Di Kuching

Bestnya beraya kat kampung halaman! Sherry raya Sarawak, korang raya mana? 🥰

Featured Tue, 14 Mar 2023
Trending Thu, 10 Jan 2019

Masjidil Haram Di Serang Ribuan Cengkerik

Pihak berkuasa Makkah melancarkan operasi pembersihan untuk membunuh serangga berkenaan.

Featured Fri, 26 Jul 2024
familuv Fri, 25 Nov 2022

Sambut Kepulangan Dari Switzerland, Hafiz Mahamad Terharu Diraikan Pekerja

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad yang baru sahaja pulang dari Switzerland setelah bercuti bersama keluarga terharu apabila kepulangan disambut oleh pekerja-pekerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.   View this post on Instagram   […]

Featured Sat, 21 Sep 2024

Selepas 21 Hari Meringkuk Dalam Penjara, Da’i Syed Bebas Dengan Ikat Jamin Sementara Tunggu Rayuan

Mahkamah Tinggi kemudian menetapkan 24 September ini bagi sebutan kes rayuan itu.

Featured Tue, 7 Mar 2023
Featured Sat, 22 Nov 2025

“Tak Normalisasikan Budaya Songsang, Saya Hanya Kongsi Iktibar” – Ieda Moin

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin akhirnya tampil menjelaskan isu tular mengenai kenyataannya sebelum ini yang dianggap menormalisasikan budaya songsang.

Hiburan Mon, 26 Jan 2026
error: Content is protected !!