Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi May 20, 2024 @ 5:35pm

Sebagai Tanda Peringatan & Jangan Simpati… Kubur Suspek Serang Balai Polis Perlu Dijarakkan Dari Kubur Lain – Jawatankuasa Fatwa Johor 

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek serangan di Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari liang lahad penghuni kubur yang lain.

Keputusan itu hasil Mesyuarat Khas JawatankuasaFatwa yang telah bersidang Jumaat lalu, dipengerusikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Mesyuarat itu bagi membincangkan status kematian anggota polis dan cara pengebumian suspek yang mati ditembak dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi Jumaat lalu.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam kenyataan hari ini, berpendapat tindakan menjarakkan kubur suspek berbanding liang lahad lain sebagai satu peringatan kepada masyarakat supaya tidak terbabit atau melakukan perkara yang dilakukan suspek.

Jenazah suspek juga tidak dibenarkan untuk dibawa ke mana-mana masjid atau surau untuk urusan berkaitan.

Jenazah juga hendaklah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.

“Fatwa ke atas jenazah suspek ini sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek apatah lagi membunuh anggota yang menjaga keselamatan negara yang tidak melakukan salah dan silap terhadap suspek.

“Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dan simpati ke atas suspek di atas apa yang telah dilakukannya,” kata kenyataan berkenaan.

Terdahulu, negara gempar dengan kejadian serangan membabitkan dua anggota polis masing-masing berusia 22 dan 24 tahun serta suspek, 21, maut manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu parah pada 2.54 pagi Jumaat lalu.

Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut dalam kejadian.

Koperal Mohd Hasif Roslan, yang dilaporkan parah, kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Jenazah suspek dilaporkan dikebumikan pada jam 12.30 tengahari tadi di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram di Batu 19, Kampung Sungai Tiram di sini.

Pengebumian itu bagaimanapun dilaporkan hanya dihadiri beberapa penduduk kampung selain pegawai dan anggota polis yang mengawal ketat keadaan sekitar.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Jun 2026

Rahsia Lelaki Terbongkar… Gandingan Scha Alyahya, Nazim Othman & Chacha Maembong Jadi Tarikan

Gabungan tiga pelakon popular iaitu Scha Alyahya, Nazim Othman dan Chacha Maembong menjadi antara faktor utama yang membuatkan drama Griya: Rahsia Seorang Lelaki mencuri perhatian penonton. Menampilkan gabungan elemen thriller psikologi, misteri dan konflik hubungan, […]

Featured Fri, 21 Feb 2025

“Lebih Baik Saya Terus Kerja Dari Mengejar Seperti Pengemis” – Zizan Razak

“Saya yakin orang seperti mereka tidak akan hidup tenang, kalau pun mereka kaya”- Zizan Razak

Hiburan Mon, 16 Feb 2026
Featured Tue, 11 Oct 2022
Featured Mon, 7 Nov 2022
error: Content is protected !!