Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 9, 2026 @ 12:18pm

Rahsia Lelaki Terbongkar… Gandingan Scha Alyahya, Nazim Othman & Chacha Maembong Jadi Tarikan

Gabungan tiga pelakon popular iaitu Scha Alyahya, Nazim Othman dan Chacha Maembong menjadi antara faktor utama yang membuatkan drama Griya: Rahsia Seorang Lelaki mencuri perhatian penonton.

Menampilkan gabungan elemen thriller psikologi, misteri dan konflik hubungan, drama terbitan Skop Productions itu menyaksikan ketiga-tiga pelakon membawa watak yang sarat dengan rahsia, emosi dan permainan minda yang sukar dijangka.

Dalam drama tersebut, Chacha memegang watak Sophia, seorang peguam yang bekerjasama dengan Detektif Liana lakonan Scha untuk menyiasat Razman, seorang duda kaya yang dibawakan oleh Nazim.

Razman bukan lelaki biasa. Di sebalik penampilannya yang tenang dan berkarisma, dia disyaki terbabit dalam kematian dua bekas isterinya.

Bagi mendapatkan bukti, Sophia mengambil keputusan menyusup masuk ke dalam hidup Razman dengan berpura-pura menjalinkan hubungan cinta dengannya.

Namun apa yang bermula sebagai satu misi akhirnya menjadi semakin rumit apabila Sophia mula keliru dengan perasaannya sendiri selepas Razman perlahan-lahan berjaya menawan hatinya.

Situasi itu meletakkan Sophia dalam dilema antara menegakkan keadilan atau melindungi lelaki yang mungkin menyimpan sisi gelap yang berbahaya.

Menurut Penerbit dan Pengarah Urusan Skop Productions, Shamin Yusof, kekuatan drama tersebut bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya, tetapi juga keserasian barisan pelakon utama yang berjaya menghidupkan setiap watak dengan berkesan.

“Sejak awal lagi kami mahu menghasilkan sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan. Kali ini kami mengetengahkan sebuah naskhah thriller yang lebih gelap, dengan fokus kepada permainan psikologi, emosi dan konflik moral.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Selain lakonan para pelakon yang berjaya membawa watak masing-masing dengan baik, jalan cerita yang penuh misteri juga membuatkan penonton sentiasa tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya,” katanya.

Shamin turut mengakui antara cabaran terbesar ketika menghasilkan drama tersebut adalah memastikan perkembangan cerita mampu membuatkan penonton terus mengikuti setiap episod hingga ke penghujung.

Selain itu, pemilihan pelakon juga memerlukan penelitian kerana setiap karakter perlu mempunyai keserasian dan mampu berkembang mengikut perjalanan cerita.

Sementara itu, pengarah Faisal Ishak berkata kejayaan sesebuah naskhah banyak bergantung kepada kepercayaan pelakon terhadap dunia dan karakter yang dibina dalam sesebuah cerita.

“Bagi saya, sesebuah cerita hanya akan terasa hidup apabila pelakonnya benar-benar percaya dengan watak yang dimainkan.

“Harapan saya adalah supaya penonton bukan sahaja menonton, tetapi turut merasai emosi dan konflik yang dilalui setiap karakter. Cerita yang memberi kesan biasanya adalah cerita yang dekat dengan perasaan manusia.

“Saya juga berharap drama ini dapat membuktikan bahawa karya tempatan mempunyai identiti dan kekuatan tersendiri untuk terus berkembang walaupun cara penonton menikmati kandungan kini semakin berubah,” katanya.

Membawakan gabungan thriller, misteri dan konflik emosi, Griya: Rahsia Seorang Lelaki menawarkan pengalaman tontonan yang berbeza daripada kebanyakan drama tempatan.

Bagi yang masih belum mengikuti perjalanan Sophia, Razman dan Detektif Liana, drama ini kini boleh ditonton secara maraton menerusi platform penstriman iQIYI.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 21 Jan 2020

Manusia Paling Kerdil Meninggal Dunia

Salam Takziah buat keluarga mendiang

Hiburan Sun, 16 Jun 2019

Mad August Jim首次为团员亲自下厨?团员直呼有阴谋

Mad August团员Jim特别为3位摇滚爸爸安排了日本餐提前庆祝父亲节!团员们受惊,觉得 Jim 有阴谋要作弄他们 。

Featured Tue, 7 Mar 2023
Events Fri, 6 Jun 2025

Sheila On 7 Kembali Gegarkan Latihan Pestapora Di Stadium Bukit Jalil 26 Jun Ini

Kemunculan yang pastinya ditunggu-tunggu peminat Sheila On 7 di Malaysia.

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Sukar Bernafas, Zizan Razak Dikejarkan Ke Hospital

Semoga cepat sembuh, Zizan Razak!

Featured Wed, 15 Mar 2023
Featured Wed, 21 Dec 2022
Featured Wed, 6 Apr 2022
Featured Thu, 30 Dec 2021

Abang Viva Terima Sijil Adiwira Prihatin Musibah Dari APM

Wira banjir negara, Azwan Omar, 29, atau lebih dikenali sebagai Abang Viva melahirkan rasa syukur apabila menjadi penerima sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah baru-baru ini. Anugerah itu diberikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan […]

Hiburan Sun, 19 Oct 2025

Inteam Bakal Gegar Axiata Arena Dengan Konsert 25 Tahun Nur Kasih

Inteam bakal mencipta sejarah tersendiri dengan konsert mega 25 Tahun Inteam Nur Kasih di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Februari 2026.

error: Content is protected !!