Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella December 30, 2021 @ 11:50am

Abang Viva Terima Sijil Adiwira Prihatin Musibah Dari APM

Wira banjir negara, Azwan Omar, 29, atau lebih dikenali sebagai Abang Viva melahirkan rasa syukur apabila menjadi penerima sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah baru-baru ini.

Anugerah itu diberikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan turut memuat naik gambar semasa penyerahan sijil penghargaan itu di laman Facebook rasmi mereka.

Penghargaan disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed yang menyampaikan ‘Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya’ kepada Abang Viva.

Sijil itu diberikan atas keprihatinannya membantu mangsa banjir di Shah Alam dengan membawa sebuah bot di atas bumbung kereta dari Melaka.

Beliau menyampaikan sijil itu semasa lawatannya ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA), Temerloh, Pahang pada Selasa.

Selain itu, Abang Viva turut memuat naik video di laman TikToknya dan berkongsi detik membanggakan itu kepada orang ramai.

@abangvivaofficial

#abangvivaofficial atar1.8 allhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua sy telah menerima sijil pnghrgaan ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

“Alhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua, saya telah menerima sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah,” tulis kapsyen dalam video itu.

“Abang layak terima penghargaan tersebut” – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak selain memberikan kata-kata sokongan kepada Abang Viva.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 5 Jan 2019
Trending Thu, 3 Oct 2019

Volunteers Wanted; Airbnb is Taking Initiative to Combat World’s Climate Change

Airbnb is looking for five volunteers to join scientific research mission to Antarctica.

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Trending Mon, 25 Jan 2021

Pernah Berlakon Drama Bersiri Popular, Aktres Song Yoo Jung Dilaporkan Meninggal Dunia

Sedihnya..min dulu suka tengok drama korea school 2017 tu😭

Featured Fri, 2 Sep 2022

Zaidi Omar Dedah Rahsia Kekal Sihat Di Usia 64 Tahun

Patutlah nampak muda dan sihat je selalu.. Boleh amalkan petua ni 😁

Trending Thu, 29 Jul 2021

“Saya Tidak Patut Bercakap Dengan Nada Begitu…” – Carl Samsudin Mohon Maaf

Selepas di hentam akibat berlaku biadab kepada seorang warga emas ketika memberikan ceramah motivasi bertajuk ‘ubah hidup’ kepada 20 gelandangan di satu pusat transit pada Rabu, usahawan dan influencer, Carl Samsudin akhirnya tampil membuat permohonan […]

Featured Wed, 16 Oct 2019

Tidur sebentar pada waktu siang bagus untuk jantung, menurut kajian

Jika anda tidur siang, tidak semestinya anda malas!

Featured Mon, 16 Jan 2023

Fasa Pertama ‘Konsert Journey To The Future’ Shila Amzah Jelajah 6 Lokasi

Wowwww! Bestnyaaaa! Korang berjaya beli tiket tak pagi tadi? 💃

error: Content is protected !!