Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 21, 2020 @ 2:52pm

Manusia Paling Kerdil Meninggal Dunia

Manusia paling kerdil dan mampu berjalan seperti diperakui Rekod Dunia Guinness, menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital, dekat Nepal, semalam.

Dengan ketinggian 67.08 sentimeter, Khagendra Thapa Magar, dilaporkan meninggal dunia berikutan pneumonia atau radang paru-paru di pusat perubatan di Pokhara, iaitu kira-kira 200 kilometer dari kediaman bersama keluarganya di Kathmandu.

Adiknya, Mahesh Thapa Magar, berkata abangnya terpaksa mendapatkan rawatan sejak kebelakangan ini dan sering berada di hospital ekoran pneumonia, namun kesihatannya semakin merudum sehingga doktor mengesahkan fungsi hatinya terjejas.

“Dia memang keluar masuk hospital selama ini kerana pneumonia. Hari ini, dia meninggal dunia,” katanya.

Khagendra pada asalnya dinobat sebagai manusia paling kerdil di dunia pada 2010 selepas meraikan ulang tahun kelahirannya ketika usia 18 tahun, namun rekod itu diperbaharui rakyat Nepal, Chandra Bahadur Dangi yang mempunyai ketinggian 54.6 sentimeter.

Chandra bagaimanapun meninggal dunia lima tahun lalu, sekali gus menyaksikan rekod manusia paling kerdil kembali menjadi milik Khagendra.

Mengimbau kenangan silam, bapa Khagendra, Roop Bahadur, berkata anak istimewanya itu sangat kecil ketika dilahirkan, malah hanya sebesar telapak tangan sehingga sukar untuk dimandikan.

“Setiap kali nak mandi, saya berdepan kesukaran untuk pegang dia kerana terlalu kecil,” katanya.

Sebagai manusia paling kerdil, mendiang Khagendra pernah berkunjung ke pelbagai negara, selain dijemput menghadiri program siaran televisyen di Eropah dan Amerika Syarikat ketika hayatnya. – AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 19 Feb 2022
Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Featured Tue, 14 Feb 2023

Konsert Blue Berlangsung 75 Minit Buat 2,900 Peminat Tidak Puas Berhibur!

Tengah sedap-sedap layan, eh habis.. Best sangat ni

Trending Sun, 13 Jun 2021

“Saya & Ismail Izzani Sudah Ada Plan Untuk Masa Depan, Tapi…” – Shalma Eliana

Penyanyi Shalma Eliana meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga di usia 25 tahun. Baru sahaja berusia 21 tahun, Shalma yang kini menjalin cinta dengan penyanyi Ismail Izzani ini mengakui sudah mempunyai perancangan dalam hubungan mereka. […]

Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Usia Kandungan Hampir Cecah 38 Minggu, Mia Ahmad Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad berkongsi perjalanan kehamilan anak ketiganya di laman Instagram, semalam. Menerusi hantaran tersebut, Mia memberitahu bahawa usia kandungannya hampir mencecah 38 minggu dan kini dia berasa letih serta resah. Disebabkan oleh […]

Hiburan Sun, 15 Oct 2023
error: Content is protected !!