Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana April 2, 2023 @ 3:02pm

Buat Kelainan, Ryan Bakery Tampil Dengan Lagu Raya Gandingan Bersama Andi Bernadee

Gandingan yang tidak disangka namun membuatkan peminat-peminat tidak tentu arah dengan usikan di media sosial tentang lagu terbaru mereka berjudul ‘Raya Last Minit’.

Pempengaruh media sosial terkenal, Ryan Bakery membuat kelainan dengan tampil berganding bahu bersama Andi Bernadee dalam menjayakan single tersebut.

‘Raya Last Minit’, ciptaan komposer terkenal iaitu Firdaus Rahmat bersama dengan Iqie Hugh dan John Jeeves ini menceritakan situasi persiapan raya last minute.

Menurut Ryan, idea untuk menghasilkan single ini tercetus daripada syarikat pengurusannya iaitu FYP Media.

“Mereka mahu saya menyanyikan sebuah lagu raya untuk memeriahkan industri. Saya dah pernah berlakon dan terlibat dalam beberapa kerja seni yang lain, mengapa tidak cuba menyanyi.

“Walaupun risau pada peringkat awal untuk merakamkan lagu, semua itu jadi menarik apabila bertemu dengan Andi Bernadee di studio,” terang Ryan Bakery.

Menurut Andi pula pihak pengurusannya juga memberitahu tentang projek lagu raya dan akan digandingkan bersama TikTokers terkenal dan viral iaitu Ryan Bakery.

“Andi terus jawab YES, tapi nak kena pilih dan dengar lagu dulu samada sesuai atau tidak dengan karakter kami berdua. Bila dapat ‘demo’ lagu ni Andi rasa ada satu vibes yang boleh ‘go’ dengan Ryan. Hasilnya seperti yang anda dengar hari ini”, jelas Andi Bernadee.

Menjelaskan tentang konsep video muzik ini, Ryan menyatakan terdapat banyak idea yang muncul ketika mereka mahu menghasilkan konsep MV.

 

Tetapi mereka memilih kisah dua beradik yang sibuk bekerja sehingga terlupa membeli tiket untuk pulang ke kampung.

“Mereka gagal membeli tiket dan akhirnya mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke kampung halaman. Pelbagai insiden lucu dan menarik perhatian sepanjang perjalanan pulang. Akhirnya apabila sampai di kampung, kesemua ahli keluarga dan saudara mara tiada di rumah. Rupanya mereka beraya di bandar.” Kata Ryan.

Lagu ‘Raya Last Minit’’ kerjasama Warner Music Malaysia dan FYP Media ini boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 31 MAC 2023.

Manakala video muzik rasmi ‘Raya Last Minit’ sudah boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia bermula 31 MAC 2023 pada jam 10 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 5 Jan 2019
Featured Tue, 20 Sep 2022
Trending Sun, 19 Dec 2021

PM Umum Cuti Kecemasan Kepada Semua Kakitangan Awam Terkesan Banjir

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir. Ismail mengumumkan perkara terbabit menerusi kemas kini yang dimuat naik di laman Twitter sebentar tadi. […]

Featured Wed, 8 Mar 2023

Takut Perkara Sama Berlaku Selepas Berkahwin, Farahdhiya Akui Emosi Terganggu

Hmm betul sekarang ni banyak benda boleh jadi kan…

Trending Fri, 30 Oct 2020

“Ramai Mesej Saya Minta Bantuan” – Ebit Lew Hantar Bantuan Ke Sabah

Buat baik ramai sayang. Semoga Ustaz Ebit terus dilimpahkan rezeki..

error: Content is protected !!