Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 16, 2025 @ 12:38pm

DFP, Petrosains Anjur KL Seni & STEM Festival 2025 Percuma di KLCC Park

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) bersama Petrosains mengumumkan penganjuran KL Seni & STEM Festival 2025 (KLSSF 2025), sebuah acara percuma yang meraikan gabungan budaya, sains dan muzik. Festival ini akan berlangsung dari 21 hingga 23 November 2025 di Plaza 20008, KLCC Park.

Program berskala besar ini menandakan kerjasama pertama antara dua institusi tersebut bagi edisi sulung festival berkonsepkan ‘Where Arts, Heritage and Science Unite’. Penganjuran KLSSF 2025 dijangka memberi nafas baharu kepada dunia seni, budaya dan sains tempatan, sekali gus merancakkan penglibatan masyarakat serta sektor pelancongan melalui penyertaan artis tempatan dan persembahan kebudayaan daripada organisasi seni ternama.

Ini merupakan penganjuran kali ketujuh oleh DFP, yang sejak awal bertujuan menyediakan ruang untuk memperkenalkan khazanah warisan kepada khalayak luas. DFP sebelum ini telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai penggiat seni dan kumpulan kebudayaan dalam usaha memelihara, mengembangkan serta mempromosikan seni budaya negara.

Petrosains, The Discovery Centre, yang ditubuhkan pada 1999 sebagai sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial PETRONAS, terus berperanan menjadikan sains sesuatu yang menyeronokkan melalui pameran interaktif dan program STEM yang mudah diakses.

Usaha Petrosains merangkumi pameran bergerak serta program komuniti yang membawa ilmu sains ke sekolah dan kawasan pedalaman, termasuk komuniti Orang Asli, bagi memastikan lebih ramai merasai pengalaman pembelajaran yang inklusif dan menarik.

Penganjuran festival ini juga bertepatan dengan usaha DFP meluaskan capaian melalui kerjasama strategik dengan Petrosains, meletakkan Kuala Lumpur sebagai destinasi utama untuk seni, budaya dan inovasi. Acara ini turut diharapkan dapat menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 menerusi pelbagai aktiviti mesra keluarga yang menarik perhatian warga tempatan dan pelancong.

Selama tiga hari, KLSSF 2025 akan mengetengahkan pendekatan kreatif untuk mendekatkan masyarakat kepada bidang STEM melalui aktiviti interaktif. Kolaborasi antara DFP dan Petrosains ini juga dijangka memperkukuh hubungan dengan para rakan niaga di kawasan KLCC.

Plaza 20008 bakal berubah menjadi lokasi meriah dengan pasar warisan yang menawarkan pelbagai hasil seni dan kraf tradisional seperti batik, ukiran kayu, tembikar, sulaman manik, kebaya Nyonya, saree serta aksesori mutiara. Di pentas utama pula, pengunjung disajikan dengan persembahan tarian tradisional termasuk Tarian Pencak, zapin, tarian singa, Dhol, Bhangra dan tarian etnik Borneo. Persembahan muzik tradisional seperti caklempong, sape, gambus, dikir barat, gamelan dan opera Kantonis turut menjadi tarikan utama.

Petrosains akan membawa dunia sains ke festival ini melalui pelbagai aktiviti interaktif yang merangsang imaginasi dan minat pelbagai peringkat umur. Antara pertunjukan yang boleh dinantikan adalah Hue Done It? dan Circular Fuel Show, yang menggabungkan elemen warna, kimia dan kreativiti secara menakjubkan. Bengkel mesra keluarga seperti Light Works, DIY Instrument, Pancasains: Hue Card Game, Fingers First dan Bottle Beats bakal menambah keseronokan melalui pembelajaran berasaskan penerokaan dan ciptaan.

Orang ramai dijemput menyertai KLSSF 2025 dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada 21 hingga 23 November 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Hiburan Sat, 1 Jun 2019

Motor Punya Pasal, Siti Sarah Kecewa Suami Dilabel Dayus!

Netizen pun, agak-agaklah kan bila tengah menulis?

Featured Tue, 13 Dec 2022

[VIDEO] Trending Di Twitter, Ramai Puas Hati ‘Ending’ Drama Rindu Kasih TV3 – “Suami Ugut Jatuh Talak, Isteri Terus Melangkah Jauh!”

Drama terbaik 2022! Tahniah Ummi Nazeera, Izzue Islam dan barisan pelakon hebat yang lain! Bengkak mata min tonton drama ni 😭😭😭 Ending memang superb!

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Mungkin Bersatu Jika Ada Jodoh

Jika jodoh tidak ke mana. Hanya itu jawapan paling ikhlas yang dapat saya berikan.

Hiburan Fri, 25 Aug 2023
Hiburan Tue, 2 Jan 2024

Lenyap Dari Industri Seni Tanpa Jejak, Di Mana Azar Azmi?

Di mana pun dia berada, semoga Azar baik-baik selalu

Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Kata-Kata Ahmad Dhani Menerusi Surat Dari Penjara Bikin Sebak

Semoga Ahmad Dhani dan keluarga terus kuat!

error: Content is protected !!