Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi February 7, 2023 @ 7:06pm

Cekal Hadapi Makian Netizen, Fyna Jebat Sedang Perbaiki Diri – “Suami Memang Beri…”

Konflik rumah tangga bekas jurulatih pasukan bola sepak popular, Datuk Zainal Abidin Hassan hangat menjadi perbualan selepas dikhabarkan telah bernikah dengan penyanyi, Fyna Jebat, baru-baru ini.

Ekoran itu, timbul pelbagai spekulasi sehingga mencetuskan perbalahan di sebuah restoran pada beberapa minggu lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fyna Jebat Didakwa Kahwin Suami Orang? Ini Respons Zainal Abidin Hassan

Artikel Berkaitan:  Kekal Fokus Dalam Famili Duo, Fyna Jebat Kunci Mulut Isu Pertelingkahan Dengan Madu

Menyedari namanya hangat menjadi kritikan, Fyna atau nama sebenarnya Nur Shafina Jebat menerima segala cemuhan netizen dan mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Menurut penyanyi lagu Menangi Lagi ini, segala makian dan tohmahan yang dilemparkan selepas kontroversi terbabit mendidiknya untuk bersabar dalam menempuh ujian serta mahu memperbaiki diri.

“Saya tahu banyak komen negatif dan ada juga positif yang diberikan kepada saya… Ada yang baik, ada yang buruk. Secara peribadi, apa yang baik saya terima dan apa yang tak baik pun saya terima supaya saya dapat membaiki diri.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan saya. Saya pun mendoakan yang terbaik kepada mereka semua di luar sana,” katanya.

Disoal mengenai sokongan ahli keluarga terhadap karier nyanyian, Fyna meluahkan rasa syukur menerima dorongan yang tak terhingga.

Menurut Fyna, suaminya tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau menghalangnya untuk kembali bergiat aktif dalam bidang nyanyian.

“Alhamdulillah, baik dari keluarga, suami, peminat dan semua yang mengenali saya, mereka sangat menyokong untuk saya kembali aktif menyanyi semula.

“Suami memang beri saya kebenaran untuk kembali menyanyi sebab dia tahu minat saya memang menyanyi.

“Dia pun tiada letakkan sebarang syarat kepada saya. Dia sokong sahaja apa yang saya buat. Asalkan mana yang terbaik untuk saya, dia baik-baik sahaja,” tambahnya.

Dipentas akhir Famili Duo, Fyna dan Ayda merangkul gelaran Naib Juara dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM20,000.

Artikel Berkaitan: Famili Duo: Keluar Duit Lebih RM150,000 Sepanjang Bertanding, Tak Ada Rezeki Ayda Jebat & Fyna Jebat Jadi Juara

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Featured Wed, 29 Oct 2025

“Sebagai Umat Islam, Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Orang” – Fazura Doa Yang Terbaik Buat Uqasha Senrose & Kamal Adli

Kata Fazura, dia menyeru agar masyarakat berhenti membuat spekulasi dan menilai mana-mana pihak.

Hiburan Fri, 12 Dec 2025
Hiburan Thu, 12 Jun 2025

BAALE Bakal Gegarkan Zepp KL Buat Pertama Kali Menerusi Konsert FORTUNA

Peminat muzik alternatif di Malaysia bakal menyaksikan kehadiran BAALE, alter ego muzik bintang Indonesia, Iqbaal Ramadhan menerusi konsert BAALE – FORTUNA Live in Kuala Lumpur.

Events Sun, 3 Mar 2019

Undian Bintang Bersama Bintang Di Sini!

Undian BBB2019 hanya di xtra.com.my!

Hiburan Mon, 27 Nov 2017

PRINCESS SITI NURHALIZA?

Umum sedia maklum bahawa, Dato siti telah membuat imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya. Dan apa yang buat semua orang excited ialah, bayi tersebut merupakan bayi perempuan!

Trending Fri, 12 Apr 2024
error: Content is protected !!