Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 9, 2021 @ 8:11pm

Suka ‘Modify’ Kereta & Motor, Shah Iskandar Pernah Berhabis RM1 Juta

Pelakon Shah Iskandar mendedahkan dia pernah berhabis hampir RM1 juta untuk memenuhi keinginan untuk mengubahsuai kereta dan motosikal.

Menurut Shah atau nama sebenarnya, Shah Iskandar Mahfuz, 39, nilai tersebut merupakan anggaran jumlah wang terkumpul semenjak dia melibatkan diri dalam bidang hiburan.

“Semenjak melibatkan diri dalam bidang hiburan semenjak tahun 2006, saya menggunakan wang hasil kerja untuk mengubahsuai kereta dan motosikal. Jika dikumpulkan, amaunnya mencecah RM1 juta.

“Ketika itu saya masih bujang dan nama pula dikenali, jadi saya hanya puaskan keinginan saya sahaja. Pada masa itu, saya ada enam kereta dan enam motosikal,” katanya.

Shah ditemui di majlis doa selamat pembukaan ruang acara, Stesen Seni by Kafe Sarawak Johor di Damansara Perdana, baru-baru ini.

Kini, pelakon drama bersiri Fira Ayuni ini mula memberikan fokus terhadap perkara lain.

“Kini, saya hanya ada dua kereta dan satu motosikal. Saya mula memikirkan tentang masa depan keluarga. Selepas dikurniakan anak sulung tahun lalu, saya akui semakin matang. Saya mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan.

“Zaman populariti juga sudah berlalu. Tawaran tak sebanyak dahulu, jadi saya perlu memikirkan perkara lain. Saya melibatkan diri dengan Stesen Seni.

“Perkara ini terhasil dengan bantuan rakan kongsi, Datuk Sulaiman Dahlan dan Kafe Sarawak Johor. Istimewanya, Stesen Seni berjaya disiapkan dengan menggunakan tenaga komuniti ini sendiri.

“Penubuhan Stesen Seni adalah sebagai satu platform untuk penggiat seni berkarya. Mereka yang dimaksudkan ini adalah terdiri daripada pelakon, pelukis, penyanyi, pemuzik dan sebagainya.

“Stesen Seni yang berkonsepkan ‘kepelbagaian’ mempunyai pelbagai fungsi iaitu ruang acara, ruang penggambaran, bilik rakaman muzik dan studio latihan muzik,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Dec 2021

“Saya Tidak Tahu Pun” – Pelakon 17 Tahun Ini Jawab Isu Berlakon Dalam Drama Aplikasi G*y

Baru-baru ini, laman Twitter dikejutkan dengan isu pelakon tempatan, Danish Iskandar berlakon dalam drama bersiri mempromosikan hubungan sejenis berjudul Stay Away From Me. Malah, apa yang lebih merisaukan netizen adalah pelakon terbabit merupakan remaja bawah […]

Hiburan Fri, 8 May 2026

Jamal Abdillah Perjelas Dakwaan Bersara, Akui Hanya Gurauan Pentas

Jelas Jamal, faktor keletihan itu membuatkan dia berseloroh mengenai persaraan ketika sedang membuat persembahan.

Featured Wed, 24 Jun 2026

“Ini Bukan Soal Siapa Menang Atau Kalah…” – Kakak Umisya Mazlan Doa Yang Terbaik Buat Marissa Dania

Ujian rumah tangga bukan pertandingan untuk melihat siapa yang kekal dan siapa yang pergi” – Kaka Umisya Mazlan

Trending Wed, 14 Apr 2021
Trending Mon, 9 Jul 2018

Panas! Syed Saddiq Jawab Isu Setiausaha Akhbar KBS

Laman web rasmi KBS mungkin disabotaj pihak tidak bertanggungjawab. Saya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali, untuk tindakan susulan.

Trending Mon, 11 Feb 2019
error: Content is protected !!