Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa January 4, 2023 @ 4:28pm

Syafiqah Aina Hadiahkan Hafiz Mahamad Ferrari, Mahu Kereta Beri Manfaat Kepada Orang Ramai – “New Year & This Is For You!”

Pada permulaan tahun baru, usahawan kecantikan dan pempengaruh, Syafiqah Aina menghadiahkan suami tercintanya, Hafiz Mahamad sebuah kereta Ferrari berwarna merah.

Menerusi perkongsian tersebut, Aina menyerahkan kunci serta merakam reaksi suaminya ketika mendapat kejutan dan hadiah daripadanya.

Menurut Aina, reaksi suaminya kelihatan tidak gembira namun dia berharap agar suaminya dapat menggunakan kereta ini dengan memberi manfaat kepada orang ramai.

“New Year and this is for you. Reaction macam tak happy je hm tapi hopefully awak boleh gunakan kereta ini untuk bagi manfaat pada orang ramai,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tumpang bahagia melihat Hafiz mendapat ganjaran itu memandangkan selama ini dia sering membantu orang ramai.

Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir yang mengatakan bahawa Hafiz layak mendapat hadiah sebegitu atas pengorbanannya selama ini.

“Abang @hafizmahamad, you deserved this abang. Jangan rasa malu atau tidak cukup memberi untik dapat sesuatu sebesar ini. Mungkin abang tak kenal saya, tapi ketahuilah semangat abang yang saya pinjam hari-hari. Enjoy your present.

“Hafiz tak pernah bermewah untuk diri sendiri and this time Hafiz you deserved it! Hafiz dah penat sangat dah tu. Saya lah nangis tengok video ni sebab tahu pengorbanan Hafiz and Aina selama ni.

“Aina, dia bukan tak happy tapi dia mesti bebel “awak duit awak tu boleh simpan benda lain, saya nak awak dan anak-anak je” hahaha dia sebak sangat tu sebab dia tak pernah letak minat dia di tangga teratas sebab selalu letak Aina dulu dari minat dia. Thank you Aina buat ramai orang terinspirasi.

“Jangan lah tak happy abang @hafizmahamad. You deserve it! Jangan rasa serba salah ke apa ke. Abang dah banyak berkorban. Moga murah rezeki selalu kak Aina belanja suami dia kereta lah,” komen netizen.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 22 Dec 2022

Pandainya! Gelagat Anak Saharul Ridzwan Selawat Curi Tumpuan Ramai

Perkongsian video pelakon Saharul Ridzwan bersama dua anaknya, Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra sedang berselawat sambil memegang kompang menarik perhatian. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kepandaian dan kesungguhan Ali dan Fateema yang menghabiskan […]

Trending Mon, 24 Aug 2020
Hiburan Tue, 27 Mar 2018

100% Leader Seo Min Woo Passes Away at Age 33!

He is way too young to be gone 🙁

Hiburan Fri, 11 May 2018

Lagu-lagu R Kelly Kena Boikot?

Muzik Kelly masih boleh didapati menerusi perkhidmatan itu tetapi keputusan untuk mengeluarkannya dari senarai lagu bermakna ia tidak akan dipromosi.

Hiburan Thu, 13 Apr 2023

Pamungkas Kembali Temui Peminat Di Malaysia Mei Ini

Peminat pamungkas dah boleh get ready beli tiket

Events Tue, 31 Dec 2019

Selamat Pulang Ahmad Dhani!

Peminat #balaDewa pastinya gembira dengan perkhabaran ini kan? Tunggu saja konsert DEWA19 di Malaysia

error: Content is protected !!