Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella November 10, 2021 @ 3:42pm

Video Nyanyian Lagu Easy On Me Aina Abdul Tarik Perhatian Adele

Penyanyi Aina Abdul bersyukur dapat menarik perhatian penyanyi terkemuka Adele walaupun video nyanyian lagu Easy On Me hanya dipaparkan dalam tempoh 24 jam di Instagram Story.

Memetik laporan Berita Harian, Aina telah berkongsi video nyanyian tersebut di Instagram minggu lalu dan turut meletakkan ‘tag’ nama Adele pada kapsyen gambar tersebut.

Siapa sangka apabila kelab peminat penyanyi itu, Adele Access telah berkongsi semula video nyanyian dari Aina di Instagram Story akaun terbabit.

Aina menyanyikan semula lagu Adele iaitu Easy On Me yang kini mencecah hampir 150 juta tontonan di laman YouTube dan dimuat naik dalam laman sosial.

“Alhamdulillah, saya tak sangka lagu Easy On Me yang dinyanyikan semula akan dikongsikan di laman rasmi Adele.

“Saya tahu ramai yang menyanyikan semula lagu ini, ada yang menyanyi lebih baik daripada saya, tetapi rezeki saya apabila video nyanyian menjadi pilihan.

“Walaupun hanya sehari sahaja dikongsi di Instagram Story, saya tetap bersyukur.

“Bila dapat tahu, saya sedang membuat persiapan untuk Konsert Patriotik Tanah Airku di Istana Budaya, Sabtu lalu. Hanya Allah yang tahu perasaan saya,” katanya.

Terdahulu, Adele Access yang merupakan akaun rasmi kerjaya Adele telah berkongsi beberapa video nyanyian semula lagu Easy On Me. Ia memilih secara rawak daripada video nyanyian di seluruh dunia.

Video nyanyian lagu Easy On Me yang dikongsikan oleh Aina di Instagram berjaya meraih lebih 161,500 tontonan dan mendapat lebih 24,100 tanda suka.

Aina berkata, dia akan bersungguh-sungguh menyanyikan lagu saduran dengan harapan usahanya itu mendapat perhatian penyanyi asal.

Tambahnya, dia sengaja berbuat demikian kerana strateginya ingin melangkah ke peringkat antarabangsa.

“Setiap kali merakam lagu saduran, saya sematkan impian mahu penyanyi asal mendengarnya. Sebab itu, saya akan menyanyikannya sebaik mungkin.

“Tidak mengapa jika penyanyi asal tidak menyedarinya, asalkan peminat nampak.

“Selain penyanyi, saya memasang strategi untuk mengikat hati peminat mereka menerima saya. Jadi, saya mungkin boleh perlahan-lahan mendekati peminat antarabangsa.

“Saya tidak kisah perlu berlatih untuk dikenali, asalkan cita-cita dapat membuat persembahan di luar negara tercapai suatu hari nanti,” jelasnya.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 31 Jul 2021

SiTik Tok Raih 3 Juta Tontonan!

Drama bersiri slot Samarinda TV3, SiTik Tok yang baharu disiarkan minggu lalu telah berjaya mencapai 3 juta penonton dalam episod tiga yang disiarkan pada 27 Julai pada pukul 10 malam yang lalu (sumber: Nielsen). Drama […]

Featured Wed, 13 Aug 2025

“Che Ta Titip Pesan Buat Ibu Zara Qairina – “Jangan Rasa Sendiri, Kita Semua Tengah Bangkit”

Che Ta sempat menitipkan pesana buat ibu kepada arwah Zaraagar sentiasa kuat.

Trending Fri, 16 Oct 2020
Trending Mon, 13 Apr 2020

[Terkini] COVID-19: Kadar Kesembuhan Di Malaysia Antara Yang Tertinggi Di Dunia

Tak sabarnya nak tunggu Malaysia isytihar bebas COVID-19..

Featured Thu, 16 May 2024
Featured Fri, 16 May 2025
Selebriti Tue, 15 Aug 2023
Drama Fri, 14 Mar 2025

Adrea Abdullah ‘Ustazah’ Dalam Keluarga Itu Terkejut Terima Mesej L*cah – “Entah Macam Mana Dia Boleh Naik Syok”

Lebih mengejutkan, individu yang menghantar mesej berkenaan merupakan seorang budak.

error: Content is protected !!