Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana May 15, 2023 @ 5:43pm

[VIDEO] Elly Mazlein Belanja Menyanyi Live Dengan Aina Abdul Buat Netizen Terpukau- “Duduk Sambil Tarik….

Sedutan video selebriti serba boleh, Elly Mazlein menyanyikan lagu Terus Hidup nyanyian Aina Abdul secara langsung di sebuah program nyanyian menarik perhatian peminat.

Video tersebut telah dimuat naik oleh pengguna TikTok di platform terbabit.

@m_ya21d Standing Ovation dari Aina Abdul 👏🏻 #bigstage #bigstage2023 #kaklinapompom #kaklina #ellymazlein #rina #rinanose #terushidupainaabdul #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #trendtiktok2023 #justforfun ♬ original sound – its.yaz💥

Menerusi video tersebut, Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina menyanyikan lagu di hadapan penyanyi asal iaitu Aina Abdul yang juga merupakan juri tetap program itu.

Apa yang lebih menarik perhatian netizen melihat persembahan itu adalah aksi spontan Kak Lina yang menyuruh Aina untuk menyambung nyanyian lagu tersebut.

Namun hasil aksi spontan itu tetap mendapat hasil nyanyian yang baik dari kedua-dua pihak sehingga membuatkan penonton terpukau.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kehebatan Kak Lina dalam membuat persembahan nyanyian dan kehebatan vokal Aina menyanyikan lagu tersebut sambil duduk.

“Kak Lina Pom Pom artis serba boleh.

“Duduk sambil tarik tinggi itulah Aina.

“Melody of music part Kak Lina cakap masuk tu peh memang rare betul,” tulis netizen di ruangan komen.

Untuk rekod, Kak Lina digandingan bersama pengacara popular dari negara seberang iaitu, Rina Nose untuk menjadi hos program nyanyian tersebut serta menampilkan Aina dan juga Ajai sebagai juri tetap.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 31 Mar 2024
Featured Sat, 26 Mar 2022
Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Trending Fri, 24 Oct 2025

“Pelanggan Saya Memang Kaya, Tak Perlu Diskaun” – Haliza Maysuri Letak Sasaran RM10 Juta Di Pahang, Mahu Bantu Golongan Memerlukan

“Lagi banyak kami berniaga, lagi banyak zakat yang boleh dibayar” – Haliza Maysuri

Hiburan Fri, 22 May 2026

“Selalu Mengaku Ada Boyfriend, Supaya Selamat Daripada Buaya Darat” – Anzalna Nasir Bersuara Isu Selebriti Diganggu VIP

Anzalna mendedahkan caranya menjaga keselamatan diri daripada tidak diganggu VIP atau individu berstatus suami orang adalah dengan sentiasa memberitahu dirinya sudah mempunyai teman lelaki

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

MK K-Clique & Iman Troye Bersyukur Dapat Santuni Anak-Anak Yatim & Asnaf

MK K-Clique dan Iman Troye bersyukur dan gembira dapat menyantuni anak-anak yatim dan asnaf.

Featured Mon, 6 Oct 2025

Riena Diana Nekad Dalami Ilmu Agama, Akui Keith Foo Suka Lihatnya Bertudung!

Riena mengakui sedikit takut dan gementar apabila sering diajukan soalan mengenai isu tersebut

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

JLo Berbulu Bila Di Serang….

Siapa yang serang JLo?

error: Content is protected !!