Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 13, 2018 @ 4:08am

Pengasuh Adam Rayqal Mengaku Tidak Bersalah

Kes kematian Adam Rayqal ternyata mengejutkan seluruh rakyat Malaysia apabila jasad bayi berusia lima bulan itu ditemui di dalam peti ais.

Sebentar tadi, pengasuhnya, Noor Aqilah Abd Rahman didakwa di Mahkamah Sesyen Gombak atas tuduhan menyebabkan kecederaan kepala dan melupuskan mayat mangsa, awal bulan ini.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Noor Aqilah sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, lima bulan, didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di kepala kanak-kanak berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia turut dituduh melupus mayat Adam Rayqal dengan niat menyembunyikan kematian mangsa dan menyebabkannya terlepas daripada hukuman dan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda. – BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Fri, 28 Mar 2025

Umie Aida Tegas Jaga Batas, Amal Wuduk Sepanjang Penggambaran

Pelakon berbakat besar, Datin Seri Umie Aida, tegas dalam menjaga batas pergaulan di set penggambaran, terutama ketika berlakon dengan pelakon bukan mahram.

Trending Mon, 24 Aug 2020

PKPP Bakal Berakhir 31 Ogos Ini, KKM Saran MKN Lanjutkan PKPP

Korang setuju ke tak kalau pkpp dilanjutkan?

Trending Thu, 15 Jan 2026

Belajar Mandarin Sambil Rebut Hadiah Tunai, Tonton Perkenal Kempen ‘Tonton Ajar Mandarin’

Tonton memperkenalkan kempen baharu Tonton Ajar Mandarin, satu inisiatif yang menggabungkan hiburan dan pembelajaran bahasa dalam pengalaman yang lebih interaktif untuk pengguna.

Hiburan Mon, 24 Nov 2025

“Saya Rapat Dengan Thalita Sebagai Kawan Saja” – Amad Dayyan

Hubungan Amad Dayyan dan Talita tak lebih sebagai kawan

Trending Fri, 20 Nov 2020
Selebriti Tue, 3 Oct 2023
error: Content is protected !!