Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 15, 2020 @ 9:30am

Malaysia Catat 4 Lagi Kes Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan terdapat empat lagi kes baharu positif jangkitan Covid-19 di negara ini.

Catat pertambahan kes

Sumber : Google

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 8,729 kes.

Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 ialah 83 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Kesemua empat kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga orang warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara”

Tambahnya lagi, empat kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada Selasa.

Jumlah kes kematian kekal

Sumber : Google

Selain itu, Dr Noor Hisham memaklumkan tiada sebarang kematian berkaitan COVID-19 direkodkan dan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 122 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dan sehingga kini, terdapat enam kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 15 May 2018

露营远离人造光快速调生理时钟「灯」使人越来越晚睡

近几年来露营活动盛行,它除了能亲近大自然外,还能快速调节生理时钟,减少身体对人工光线的影响。

Hiburan Tue, 9 Jun 2026

Rahsia Lelaki Terbongkar… Gandingan Scha Alyahya, Nazim Othman & Chacha Maembong Jadi Tarikan

Gabungan tiga pelakon popular iaitu Scha Alyahya, Nazim Othman dan Chacha Maembong menjadi antara faktor utama yang membuatkan drama Griya: Rahsia Seorang Lelaki mencuri perhatian penonton. Menampilkan gabungan elemen thriller psikologi, misteri dan konflik hubungan, […]

Hiburan Tue, 18 Nov 2025
Trending Wed, 7 Apr 2021

Usia Bukan Halangan Fhan Untuk Jadi Penyanyi & Rapper

Penyanyi baru, Fhan bermula sebagai penyanyi dan rapper profesional tahun lalu di usia 30 tahun. Namun, bagi Fhan, dalam berkarya soal usia bukanlah perkara penting asal saja seseorang itu mempunyai minat dan bakat. Malah, Fhan, […]

Trending Thu, 9 Jul 2020

BSH Fasa Ke-3: Syarat Kemaskini Permohonan Baru

Buat pemohon BSH Fasa ketiga!

Hiburan Tue, 12 Mar 2024
error: Content is protected !!