Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul April 16, 2020 @ 4:05pm

Sumbang Bantuan Makanan Tanpa Mengira Bangsa, Sikap Zul Yahya Dipuji Warganet

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula berkuatkuasa di negara kita pada 18 Mac lalu, tidak dinafikan ada segelintir rakyat yang menerima tempias kerana tidak boleh keluar bekerja dan mencari sumber pendapatan. Situasi ini lebih menyedihkan untuk mereka yang perlu menanggung keluarga dengan pendapatan harian.

Terkesan dengan situasi yang berlaku di negara kita ketika ini, pelakon Zul Yahya turut turun padang untuk membantu golongan yang sedang memerlukan bantuan susulan lanjutan PKP. Apa yang lebih menyentuh hati, bantuan makanan yang diberikan oleh Zul Yahya diberi kepada semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama.

Perkara ini dikongsi sendiri oleh Zul Yahya menerusi sebuah posting yang dimuatnaik di Instagram.

View this post on Instagram

Hati orang beriman perlu sentiasa terisi dengan nilai kasih sayang dan berusaha belajar mempunyai sikap keprihatinan terhadap seluruh manusia.. Rasulullah Saw bersabda: “Barangsiapa meringankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini, nescaya kelak Allah akan meringankan dirinya di dunia mahupun di akhirat.” (Hadis Riwayat Imam Muslim) Iman dan ketakwaan akan menyerlahkan ‘dirinya’ untuk bersikap prihatin terhadap permasalahan hidup orang lain. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada, iringilah keburukan dengan kebaikan, pasti ia boleh menghapuskannya dan bergaulah manusia dengan akhlak yang baik.” Hati dan jiwa cepat terasa dengan keperitan orang lain. Rasulullah memberi jaminan buat umatnya yang bersikap penyayang dan penuh perikemanusiaan itu. Muslim beriman dan bertakwa juga ditampilkan melalui amalan sekecil-kecil untuk hubungkan kasih sayang sesama manusia.. Sabdaan Rasulullah Saw itu boleh dijadikan sebagai suntikan motivasi buat seluruh umat Islam supaya saling berlumba-lumba meraih pahala sebagai penyebar barakah Allah. Abdullah bin Amr mengisahkan seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, ‘Apakah amalan Islam yang terbaik?’ Kemudian baginda menerangkan kepadanya, “Engkau memberi makan kepada orang lain dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenali mahu pun yang tidak engkau kenal.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Bahkan ciri² ahli syurga adalah mereka yang menjaga hubungan sesama manusia dengan bersikap baik hati dan berkasih sayang. kita juga disarankan saling berdoa untuk kebaikan orang lain. Indah sungguh didikan Islam membawa manusia beriman dan bertakwa meniti arus kehidupan dunia di atas landasan ukhuwah. Hidup dalam sebuah masyarakat yang memiliki pelbagai ragam, pastinya kita perlu mengurusnya dengan baik. Kita tidak boleh hidup secara sendirian tanpa mengambil kira kepentingan orang lain. Rasulullah Saw rangkumkan sekali beriman kepada Allah dan hari akhirat dengan bentuk amalan hidup kita dengan manusia lain. Iman dan takwa juga ibarat isi dengan kuku, apabila tercabut salah satunya maka akan cacatla #ALLAHsayangkita

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70) on

Menerusi kapsyen yang ditulis, Zul Yahya berkata hati kita perlu diisi dengan nilai kasih sayang dan sentiasa berusaha belajar untuk memupuk sikap keprihatinan terhadap seluruh manusia.

“Hidup dalam sebuah masyarakat yang memiliki pelbagai ragam, pastinya kita perlu mengurusnya dengan baik. Kita tidak boleh hidup secara sendirian tanpa mengambil kira kepentingan orang lain,” katanya.

Perkongsian pelakon yang pernah popular dengan drama Papaya ini telah mendapat perhatian daripada warganet. Rata-rata daripada mereka memuji sifat pemurah Zul dan mendoakan supaya Zul dimurahkan rezeki.

Sebelum ini, Zul mempunyai sebuah kedai makanan dan sering memberi lauk-pauk secara percuma kepada orang ramai.

Semoga murah rezeki Zul Yahya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 17 Dec 2022

Bahang Anugerah Ikon Sukan Harian Metro Semakin Hangat, Jom Undi Finalis Kegemaran Anda!

Bahang kehangatan malam kemuncak Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro (HM) semakin dirasai, di mana pihak penganjur, Harian Metro mengumumkan finalis untuk lapan (8) kategori utama yang akan bersaing untuk dinobatkan sebagai pemenang utama keseluruhan […]

Hiburan Sat, 8 Dec 2018

Natasha Hudson Kahwin Kali Keempat, Ini Pesan Si Adik Buat Netizen

Selamat Pengantin Baru Natasha Hudson dan suami. Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke jannah…

Hiburan Tue, 22 Oct 2019
Hiburan Sun, 7 Jul 2024

Pilih Model Jadi Suri Hati, Sean Lee Sah Bergelar Suami!

Wahhh, congrats Sean Lee and wife 😘😘

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Super Junior Will Comeback With Repackaged Album Soon!

The Kings of Hallyu will be back with their newest repackaged album! ELFs are you guys ready to see the boys on TV again?

Hiburan Wed, 10 Apr 2024

Neelofa Kongsi Wajah Abbas Di Hari Raya Pertama… Walaupun Kabur Netizen Tetap Teruja

Selebriti terkenal Neelofa tampil berkongsi foto raya bersama keluarganya, Harris Ismail dan anak-anaknya, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas. Sedondon mengenakan pakaian serba merah jambu, Neelofa bagaimanapun telah mengaburkan wajah kedua-dua putera kesayangannya itu. “Eid Mubarak […]

Trending Mon, 3 Aug 2020

Permohonan Lanjut Moratorium Bermula Jumaat, 7 Ogos Ini

Perhatian buat mereka yang layak mendapat lanjutan moratorium

error: Content is protected !!