Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 22, 2022 @ 7:06pm

Rita Rudaini ‘Menangkan’ Netizen Bila Isu Wajah Anak Iras Bekas Suami Jadi Topik Perbalahan – “Ibu Jari Kaki Pun Tak Sama”

Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini berkongsi sebuah video yang memaparkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin memotong gaya rambut pendek dan warganet menyatakan wajah puteranya itu seiras dengan bapanya.

Namun begitu, Rita menjelaskan bahawa dia tidak terasa hati dengan kata-kata warganet kerana pemain bola sepak itu bapa kandung kepada anaknya.

Malah, ada juga segelintir warganet berbalah di ruangan komen menyatakan wajah anaknya itu tidak mirip dengan bekas suaminya.

Susulan itu, Rita memuat naik sebuah hantaran di TikTok Story bagi meleraikan perbalahan sesama warganet di ruangan komennya.

“Ramai betul yang sakit mata dan risau bila blog-blog ketuk story pasal anak saya muka sama bapak dia… ada yang tak puas hati, ada yang sakit hati sampai gaduh-gaduh lah kata tak sama langsung!,” tulis Rita.

Apa yang menarik perhatian, pelakon drama Shah Alam 4000 itu mengambil pendekatan dengan mengakui bahawa wajah anaknya itu tidak mirip dengan bekas suaminya malah mengikut baka keturunannya bagi menghentikan perbalahan warganet.

“Untuk mengubati kerisauan dan kesakitan hati nurtizen semua… saya ibu pada anak-anak saya nak declare ‘ye-ye! Takde-takde! Tak sama pun… ibu jari kaki pon tak sama dengan bapak dia… satu helai bulu pun tak sama.

“Anak-anak saya ikut keturunan baka saya, ye baka saya! Muka saya, bijak macam baka keturunan saya, beradab, rajin semua ikut baka keluarga saya, sekian,” katanya berseloroh.

Menjengah diruangan komen TikTok Story Rita, rata-rata warganet berasa terhibur dengan hantaran yang dikongsinya malah berasa pelik dengan segelintir warganet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 May 2025

[VIDEO] Shuih Imbau Momen Watie Buat Kejutan Umum Hamil

Shuib kongsi video sebak Watie hamil

Hiburan Thu, 13 Feb 2020

Kesian! Anak Abam Tercari-Cari Bapanya

Semoga keluarga sentiasa tabah menghadapi dugaan ini

Trending Sat, 5 May 2018

14 Kali Mengundi, Nenek Dah Tak Sabar!

Walaupun saya tidak mampu lagi melihat dengan jelas, tanggungjawab untuk mengundi kali ini tidak akan saya lepaskan, saya berharap ada pihak yang sudi membantu saya ke pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar, Endau nanti…

Featured Wed, 4 Feb 2026

Netizen Buli Fazura! Dakwa ‘Anak Berdukung Tak Habis-Habis’, Empunya Badan Bersuara – “Zalim Kan? Lepastu Buat-Buat Tak Pernah Cakap”

Sedar dengan hantaran tersebut, Fazura tampil membalas kenyataan berkenaan yang disifatkannya sebagai zalim.

Featured Mon, 10 Jun 2019
Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Ibu Adibah Noor Meninggal Dunia, AL-Fatihah…

Al-Fatihah buat ibunda Adibah Noor, Allahyarhamah Norlia Abd Majid…

Hiburan Thu, 13 Apr 2023
error: Content is protected !!