Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 27, 2023 @ 4:30pm

Mak Wan Latah Mohon Ditawar Kerja – “Sudah Setahun Saya Tak Berlakon”

Pelakon veteran, Mak Wan Latah merayu agar diberikan tawaran berlakon selepas sudah setahun tidak bekerja.

Sebak mengenangkan nasib menimpa dirinya, pemilik nama Halimatussa’diah Mohd Daud, 62, merayu agar orang ramai menyokong dan membeli sambal yang dijualnya bagi meneruskan kehidupan.

“Tolonglah sokong dan beli sambal saya yang dijual di sebuah acara yang berlangsung di Taiping, Perak sehingga Oktober nanti.

“Kalau berlakon dapat bayaran sikit pun Alhamdulillah, tapi sekarang saya terpaksa berniaga sambal, mencari duit untuk meneruskan kehidupan sendiri.

“Saya sudah tidak menerima sebarang tawaran lakonan hampir setahun. Itulah orang tiada dekat dengan kita, orang tidak tahu apa yang kita alami sebab kita sudah biasa berlakon dan bekerja,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Mak Wan mengaku kontroversi yang menimpa dirinya sebelum ini merupakan dugaan besar buatnya.

“Saya rasa tidak adil apa yang berlaku pada saya sedangkan saya tidak aniaya sesiapa. Saya hanya nak ‘job’ saja, tidak pernah curi ‘job’ sesiapa pun. Inilah yang saya tanggung dalam setahun ini.

“Tak sangka dugaan saya sebesar ini. Dulu saya berlakon boleh hantar emak ke Makkah. Beli macam-macam, tapi kenapa jadi begini? Kenapa pilih saya? Dengan kontroversi lagi, macam-macam yang saya lalui. Dengan rumah tangga saya difitnah,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia juga meminta agar mana-mana pihak produksi memberikan ruang dan peluang untuk dirinya kembali bekerja.

“Jujur saya perlukan kerja, sekurang-kurangnya saya tidak penat berniaga, kalau hujan saya tak perlu angkat sambal saya. 

“Saya harap penerbit kasihanilah saya dan berikanlah saya peluang berlakon,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon Didie Alias ada memaklumkan, Mak Wan Latah pernah kekurangan duit untuk membeli ubat asmanya sehinggakan duitnya sahaja tinggal RM15 sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Isu Pukul, Tendang Dan Tampar! Saya Serang Sebab Dia…” – Pembantu Peribadi Akhirnya Mengaku Pukul Mak Wan Latah

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Baling Kepala Saya Dengan Botol Coke…” – Buat Laporan Polis, Mak Wan Latah Pertahan Maruah

ARTIKEL BERKAITAN:“Manusia Bila Kita Tolong, Dia Gigit Kita Balik!” – Mak Wan Latah Nafi Dakwaan Amal Syirik, Akui Itu Hanya Skrip Untuk…

ARTIKEL BERKAITAN:”Duit Dia Tinggal RM15, Itupun Tak Cukup Nak Beli Ubat ” – Didie Alias Dedah Keadaan Sebenar Mak Wan Latah

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 16 Aug 2025

“Awak Tak Bawa Manfaat Pun, Jangan Dekat Dengan Anak Saya!” – Luah Rasa Berang, Hantaran Media Sosial Rita Rudaini Raih Perhatian

Rita Rudaini menyifatkan individu tersebut tiada sebarang hak untuk berada dalam kehidupan anaknya itu

Cahaya Mata Sat, 29 Oct 2022

“Thank You Rafael Jaga Mommy Time Pregnant” – Ketulusan Anak Mawar Rashid Curi Tumpuan

Tular sebuah video pelakon Mawar Rashid bersama anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael yang sedang membantunya memakai kasut. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Mawar itu di laman Instagram, dia mengucapkan terima kasih kepada anaknya, Rafael […]

Featured Sat, 4 Mar 2023
Hiburan Fri, 13 Dec 2019

黄明志《4896 Final Call》吉隆坡站演唱会取消!

因合作无法达成共识,星艺娱乐宣告《黄明志<4896–Final Call>世界巡回演唱会》吉隆坡站取消!

Hiburan Mon, 17 Feb 2025
Hiburan Tue, 15 Jan 2019

Hero Muzik Video Semakin Terjawab, Bukan Remy Tapi Syafiq Kyle!

Sarah juga tidak menolak seandainya tontonan muzik video ini berjaya menarik perhatian penonton, Syafiq adalah ‘pelarisnya’.

Trending Thu, 17 May 2018

Budak Lelaki Ini Tidur Di Atas Tingkap

‘Rimas’ Dimarah Bapa Kerana Malas, Budak Lelaki Ini Ambil Keputusan Untuk Tidur Di Atas Tingkap

Trending Wed, 17 Feb 2021

Elak Kekeliruan, KWSP Digesa Percepat Kelulusan i-Sinar

Tu lah kata syarat pengeluaran sudah dimansuhkan …

error: Content is protected !!