Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin June 28, 2022 @ 7:54pm

“Manusia Bila Kita Tolong, Dia Gigit Kita Balik!” – Mak Wan Latah Nafi Dakwaan Amal Syirik, Akui Itu Hanya Skrip Untuk…

Pelakon Mak Wan Latah mendedahkan bahawa dakwaan kononnya dia mengamalkan ilmu syirik seperti yang digembar-gemburkan oleh bekas pengurus peribadi yang dikenali sebagai Amell adalah tuduhan semata-mata.

Mak Wan berkata, video yang memperlihatkan dirinya seperti sedang menyeru ‘sesuatu’ itu adalah latihan untuk menjiwai lakonan sahaja.

“Benda itu benda lama. Yang saya baca-baca itu, untuk ‘shooting’. Saya tak pernah berlakon watak jahat, untuk jadi bomoh,” katanya.

Enggan memperbesarkan kontroversi tersebut, Mak Wan mengakui dia tidak mahu membuka aib mana-mana pihak termasuklah kes perceraian yang dialaminya.
“Kenapa bila saya dah tak nak dia, dia cerita macam-macam pasal saya? Manusia ini, bila kita dah tolong, kita digigit balik.
“Saya akan berdiam selagi Allah beri saya kekuatan. Saya tak mahu bercakap apa-apa lagi,” katanya.
Difahamkan, Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimatussa’diah  Mohd Daud, telahpun membuat laporan polis berkenaan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
“Ya, saya tahu dia fitnah saya. Saya dah buat laporan polis. Itu bukan saya nak tunjuk saya hebat, tapi kerana saya nak lindungi diri kalau dia akan buat benda bukan-bukan lagi.
“Saya akan berdiam selagi Allah beri saya kekuatan. Saya tak mahu bercakap apa-apa lagi,” jelasnya.
Terdahulu, tular sebuah video seorang wanita dipercayai Mak Wan dalam keadaan tidak bertudung sedang menyeru sesuatu.
@official_amell77 #fyp #viral #penipu #artis #makwanlatah #viralvideo #viraltiktok ♬ bunyi asal – ᴬᴹᴱᴸᴸ

Sumber: Rotikaya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Belum Bertunanglah…

Afieq memaklumkan tujuan gambar itu dimuatnaik bukan untuk mencipta gimik dan mendiamkan diri apabila diajukan soalan.

Kisah Viral Tue, 18 Feb 2025

Suspek Insiden Temb*k Pusat Beli-Belah Di Setia Alam M*ti Ditemb*k

lelaki berusia 30-an itu ditembak sekitar jam 3 pagi oleh sepasukan anggota polis

Trending Wed, 23 Jun 2021

TNB Salur Bantuan Kepada Golongan B40

Semoga warga TNB dimurahkan rezeki dan dipermudakan urusan ♡♡♡

Featured Mon, 5 Dec 2022
Kisah Viral Tue, 2 Jan 2024
error: Content is protected !!