Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 24, 2022 @ 6:29am

Harga Tiket Konsert Mahal? Ini Jawapan Noraniza Idris: “Nilai Berbaloi Dengan Persembahan, Bakal Bawa 300 Penari”

“Mahal ke? Saya rasa harga tu macam okey.”

Itu jawapan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris yang menjawab dakwaan mengatakan harga tiket Konsert Malai Solo Noraniza Idris (KMSNI) dijual terlalu mahal.

Penyanyi yang mesra dipanggil dengan nama Kak Ani ini menjelaskan harga tiket KMSNI yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 21 hingga 23 Oktober ini berbaloi dan tidak mempunyai banyak beza dengan harga konsert yang pernah diadakan sebelum ini.

“Saya ada buat rujukan mengenai harga yang patut diletakkan. Saya juga ada membuat kajian mengenai harga tiket konsert lain, seperti contoh harga tiket konsert Aina Abdul yang berlangsung baru-baru ini.

“Harga-harga tiket biasanya RM250 hingga RM1100. Jadi saya hanya tambah sedikit saja daripada harga yang pernah diletakkan Aina dah penyanyi lain.

“Nilai tiket yang telah ditetapkan berbaloi dengan persembahan yang bakal disajikan kerana saya menggunakan pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS dan penari profesional serta teknologi terkini untuk memeriahkan lagi persembahan.

“Ada pelbagai segmen seperti segmen Orang Asli, Melayu, irama Malaysia dan etnik kreatif. Saya akan tampilkan 300 orang penari dalam KMSNI,” katanya.

Kak Ani ditemui pada majlis sidang media Konsert Malai Solo Noraniza Idris di Istana Budaya, Kuala Lumpur semalam.

Dalam majlis terbabit, Kak Ani turut mengumumkan pihak produksi KMSNI menerima dana sebanyak RM3 juta daripada sebuah syarikat hartanah.

“Syukur Alhamdulillah, saya rasa lega apabila dana ini dapat menampung kos keseluruhan Konsert Malai Solo. Bagaimanapun saya masih mengalu-alukan penaja lain yang ingin membantu membiayai konsert ini,”katanya.

KMSNI yang dianjurkan oleh NIPV Managament Sdn Bhd ini bakal dipersembahkan selama dua jam tanpa henti bakal menyaksikan Kak Ani menyanyikan 24 buah lagu termasuk medley.

Tiket yang dijual bermula RM299 hingga RM1599 boleh dibeli di laman web ilassotickets.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Jul 2025

“Family Day” – Shila Amzah Muat Naik Foto Mesra Bersama Bakal Suami Ibu?

Shila Amzah kongsi momen mesra bersama bakal bapa tiri

Featured Wed, 15 Jun 2022
Hiburan Thu, 2 Mar 2023

Bekas Suami Terperanjat Lufya Omar Tuntut Mutaah RM1 Juta

Mut’ah adalah saguhati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai.

Acara Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Wed, 8 Jan 2025
Hiburan Thu, 10 Apr 2025

Aprena Manrose Nafi Rumah Tangga Retak, Suami Tak Dapat Beraya Bersama Sebab Kerja

Aprena Manrose hanya merajuk dengan suami, nafi ada masalah rumah tangga

Trending Fri, 28 Sep 2018

WOW… Kasut Termahal Di Dunia Dijual Di Dubai?

Syarikat yang berpangkalan di Dubai ini percaya dengan kepadatan penduduk terdiri dari golongan hartawan di bandar ini percaya kasut ini berpotensi mendapatkan pembeli.

Trending Tue, 28 Aug 2018

Here’s Why Things Aren’t Going Well For Manchester United

Here’s a hint; there’s something to do with who’s managing them.

error: Content is protected !!