Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 9, 2024 @ 7:03pm

Fathia Latiff Kembali Berlakon, Netizen Titip Kata Sokongan – “Semoga Pulih Semangat Seperti Dulu…”

Sekian lama ‘menghilang’ diri dari kaca televisyen, pelakon sensasi, Fathia Latiff kini bakal muncul semula menerusi drama TikTok berjudul ‘Jangan Tinggal Abang, Dek…’.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fathia yang memegang watak sebagai Bienda itu memuat naik video belakang tabir bersama aktor terkenal, Adi Putra yang turut berlakon dalam drama sama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja untuk melihat Fathia kembali aktif dalam industri hiburan serta berharap agar aktres drama rantaian popular Ariana Rose ini akan terus ceria.

Fathia Latiff

Fathia Latiff
Selain Fathia, drama TikTok itu akan turut menampilkan aktres Nabila Huda, serta penyanyi, Adira Suhaimi dan ramai lagi.

Sekadar info, kali terakhir Fathia terlibat dalam bidang lakonan adalah sekitar tahun 2017.

Sebelum ini, nama Fathia menjadi sebutan hangat selepas dia secara terbuka mengkritik wajah aktres jelita, Zahirah Macwilson seperti bibik.

Malah, Fathia turut mendakwa aktor Aiman Hakim iaitu suami kepada Zahirah masih mempunyai perasaan terhadapnya.

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Mengaku Hidap Skizofrenia… Netizen Titip Kata-Kata Semangat

Artikel Berkaitan: Makin Parah!? Selamba Bergelek & Tayang Pungg*ng Di IG, Fathia Latiff Digelar Britney Spears Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 13 Mar 2018

Brave Men Save Puppies From Filthy Drain Despite Religious Restrictions

A few brave and kindhearted young men saved two stranded puppies in the dirty drain despite religious beliefs.

Featured Tue, 2 May 2023
Trending Thu, 13 Feb 2020
Hiburan Wed, 10 Dec 2025

Akaun Palsu Kongsi Video Dengan Arwah Suami, Zizie Ezette Tegaskan Hanya Ada Satu Media Sosial Aktif

Zizie Ezette menegaskan hanya ada satu akaun media sosial iaitu Instagram sahaja

Hiburan Tue, 11 Jun 2019

Alami Komplikasi Paru-Paru, Doakan A.Rahman Hassan

Beliau kini direhatkan untuk rawatan & pantauan lanjut hospital. Jom doakan agar Dato A Rahman Hassan dikurniakan kesembuhan…

Featured Tue, 19 Dec 2023
error: Content is protected !!