Trending By: Maya Basir June 29, 2022 @ 5:58pm

“Dia Baling Kepala Saya Dengan Botol Coke…” – Buat Laporan Polis, Mak Wan Latah Pertahan Maruah

Pelakon senior Mak Wan Latah tampil membuat satu laporan bagi mempertahankan maruahnya daripada terus dipijak seorang wanita yang juga kenalan rapatnya.

Memetik laporan Kosmo! Online, Mak Wan Latah berkata, laporan polis dibuat di Taiping, Perak terpaksa dilakukan berikutan perbuatan wanita tersebut yang pernah memukul dan menendang, bahkan mengugut untuk membunuhnya.

“Sudah lama saya diamkan. Kelakuan kasarnya terhadap saya baharu saja saya laporkan kepada polis. Banyak kali dia buat. Pukul, tendang, tumbuk dan baling kepala saya dengan botol Coke yang masih penuh air.

“Perbuatan itu dia lakukan dalam tahun ini. Saya takut nak melawan atau mengadu kepada orang lain, tambahan pula telefon (bimbit) saya dia pegang.

“Sebenarnya, malam sebelum nak bergerak ke Genting Highlands menjalani penggambaran, saya baharu kena pukul. Masa itu kami berada di Taiping.

“Kali terakhir dia pukul saya di depan ramai saksi termasuk emak dia. Mak dia kata itu baru sikit. Apa pun semua bukti saya sudah sertakan dalam laporan polis,” katanya.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila beberapa video menunjukkan pelakon itu seakan membaca mantera dikongsi di sosial media.

@official_amell77 Balas kepada @acik.moy ♬ bunyi asal – ᴬᴹᴱᴸᴸ

Mak Wan kemudian menyangkal tuduhan tersebut dengan menyifatkan wanita tersebut mempunyai masalah mental dan sengaja mendedahkan perkara mengarut kepada umum.

Pada masa sama, pelakon berusia 61 tahun menegaskan video yang tular yang menunjukkan dirinya sedang membaca mantera merupakan rakaman lama dimana dia sedang berlatih untuk sebuah drama.

“Video yang kononnya saya baca mentera itu pun dia yang rakam sendiri, bukan ambil curi-curi pun. Saya yang bodoh sebab mengikut saja. Sekarang dia fitnah saya buat kerja syirik gunakan video berkenaan.

“Drama berjudul Pelaris itu pun sudah lama dan sudah disiarkan. Kalau dia terus nak bercakap pasal itu, biarkanlah. Benda tak betul, dia pun tahu.

“Saya pun sedang kumpul bukti dan akan buat laporan polis pasal fitnah pula. Doakan saya terus kuat,” katanya.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 3 Nov 2023
Hiburan Wed, 5 Sep 2018

‘Kalau Aku Jahat, Aku Biarkan Budak Tu Balik Mabuk Drive…’, Zarina Anjoulie Bongkar Rahsia?

Dia (Ismail Izzani) adalah seorang lelaki baik cuma kedekut je tak reti bayar hutang…

Featured Wed, 19 Apr 2023
Trending Sun, 27 Dec 2020
Trending Thu, 19 Sep 2019

The Best Korean Food and Most ‘Seoul-tastic’ Experience in ‘Seoul Culture Showroom KL’

Kimchis, hanboks and K-Pops; Seoul Culture Showroom in Kuala Lumpur is a rendezvous for the best South Korean learning escapade.