Drama By: Fatin Nurain August 24, 2022 @ 6:02pm

Akui Jaga Hati Netizen, Redza Rosli Berlapang Dada Terima Kecaman

Pelakon Redza Rosli mengakui dirinya kini lebih menjaga hati dan berlapang dada untuk menerima segala kecaman atau teguran daripada netizen.

Sudah menjadi lumrah bagi setiap pelakon yang digandingkan bersama, pasti akan dijodohkan atau dikecam dek kerana keserasian yang dipamerkan melampaui batas ketika menjayakan sesuatu watak dalam drama.

Menurut Redza, sebagai pelakon mereka boleh memilih untuk melakukan apa yang mereka inginkan, malah mereka boleh bersuara sekiranya perkara itu berlebih-lebihan.

“Pada saya, sebenarnya benda tu kita yang memilih untuk kita nak buat apa. Kalau kita rasa benda tu melampaui batas kita, kita boleh bersuara.

“Macam saya, saya lebih kepada menjaga hati netizen sebab kita pun ada agama kita sendiri. Mana kita boleh elak, kita elak. Mana yang kita tak boleh elak, kita cuba berbincang dengan cara yang baik,” katanya kepada XTRA.

Selain itu, Redza juga menyifatkan wargamaya ini bersikap bebas untuk berkata apa sahaja dan sebagai pelakon, mereka perlu kental menghadapinya.

“Macam netizen, dia bebas untuk berkata apa saja, itu hak mereka. So, kalau mental tak kuat, jangan jadi artis, jangan jadi public figure.

“Saya pun experience juga macam-macam, end up apa pun kita buat daripada hati kita, kita jaga diri kita, ikhlas dengan apa yang kita buat.

“Takperlu rasa macam nak cabar orang ke atau kita boleh buat better ke apa. Yang penting kita cabar diri kita untuk buat benda yang terbaik,” jelasnya.

Namun, pelakon itu juga menyatakan dia menerima setiap teguran dan kecaman yang dilemparkan oleh netizen demi memperbaiki kekurangannya dalam lakonan.

“Apa yang netizen nak kata tu semua, itu bebas. Tapi kita menerima sebab kita pun ada kekurangan tanpa mereka kita takkan berada dekat sini. Dan tanpa netizen juga kita tak sedar dengan kesilapan kita.

“Jadi terima kasih kepada mereka sebab mereka juga yang support drama kita. Saya  berlapang dada untuk terima apa sahaja teguran orang, mana yang kurang daripada saya, saya minta maaf,” katanya.

Sebelum ini, Redza sering dijodohkan oleh penonton dengan beberapa pelakon yang pernah digandingkan bersama menerusi drama-drama lakonannya seperti Sharifah Rose dan Raysha Rizrose.

Kali ini, Redza bakal digandingkan bersama Scha Elinnea menerusi drama Hati Tanpa Rasa yang bakal ditayangkan di TV3.

Redza menyatakan dia tidak peduli dengan tanggapan penonton, sebaliknya berpuas hati dengan keserasian yang telah dicipta bersama.

“Macam saya, saya tahu kerja saya. Saya tahu tanggungjawab saya. Itu pandangan orang, kalau orang kata kita bercinta ke apa itu bermaksud chemistry kita menjadi.

“Tapi apa yang penting, saya tak fikir apa yang orang cakap. Setiap drama setiap karya saya akan buat yang terbaik luar dari jangkaan saya sendiri,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Nov 2017

PANDAI WAK DOYOK PILIH?

Malika juga turut meng upload gambar bersama kekasihnya itu berserta status yang mungkin secara tidak langsung memberi hint tentang relationship beliau bersama Wak.

Hiburan Thu, 24 May 2018

“Beauty Is Pain”- Sajat

Episod kali ini kami akan membawa penonton untuk mengetahui rahsia disebalik bentuk badan Sajat yang menggoda. Wah! mesti penonton semua nak tahu kan agaknya bagaimana lah Sajat menjaga penampilan beliau agar sentiasa kelihatan seksi kan? 

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Selamat Datang Ke Kuala Lumpur, Mariah Carey! Korang Dah Beli Tiket Ke Belum?

Mesti gempak kan konsert tu nanti? Mariah Carey kot! Korang dah dapatkan tiket ke belum?

Featured Wed, 16 Mar 2022
Featured Wed, 9 Aug 2023
Featured Tue, 15 Nov 2022

Belanja Beatbox Ketika Ceramah, Hazwani Helmi Dapat Tepukan Gemuruh Pelajar – “Adik Tu Tepuk Macam Nak Tercabut Tangan”

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan pasangan adik-beradik yang juga aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi dan Datin Seri Heliza Helmi hadir ke sekolah untuk memberikan ceramah. @hazwanihelmiAl kisahnya nak kena ceramah. Tapi tak sangka […]

Featured Fri, 15 May 2020

Denda RM1,000 atau 6 bulan penjara jika ingkar PKPB

Orang ramai diminta patuh arahan, elak dipenjara

Featured Sun, 9 Jan 2022

Dikatakan Bawa Aura Negatif Dalam Pengacaraan, Ini Komen Uyaina Arshad

Pelakon dan pengacara jelita Uyaina Arshad tampil menjawab komen negatif dari seorang warganet yang mengatakan cara pengacaraannya di dalam program Wanita Hari Ini (WHI) membawa aura negatif kepada penonton. Menurut Uyaina, dia seorang yang jarang […]

Trending Wed, 21 Aug 2019

Kanak-Kanak Leka Main Basikal Maut Kerana Anjing ”Pit Bull”

Kanak-Kanak Leka Main Basikal Maut Jadi Mangsa Serangan Buas Kumpulan Anjing ”Pit Bull”