Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 6, 2024 @ 1:11pm

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Terkejut Lihat Anak Perempuan Boleh Beraksi Di Hadapan Kamera – “Hayla Tak Ada Asas Lakonan”

Pasangan pelakon serta usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terkejut melihat anak perempuan mereka, Hayla, 8, yang mempunyai bakat di hadapan kamera biarpun tidak mempunyai asas lakonan.

Menurut Aeril, selepas melihat bakat lakonan Hayla atau nama sebenarnya Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, mereka suami isteri mula menghantar anak perempuannya menimba ilmu lakonan.

“Sejujurnya, kami tak pernah ajar Hayla berlakon atau beri pendedahan. Jadi, kami agak terkejut dengan Hayla sebab dia tiada asas lakonan, tapi dia tak kekok langsung membintangi filem Abnormal Buas.

“Kami merasakan Hayla mempunyai potensi dan kemudian, kami juga ada menghantar Hayla ke kelas lakonan untuk memberikan asas lakonan serta pendedahan terhadap anak perempuan kami,” kata Aeril yang turut membintangi filem itu bersama isterinya.

Menurut Wawa pula, terdapat adegan dalam filem Abnormal Buas yang membuatkan Hayla trauma kerana dicekik pelakon Adlin Aman Ramlie.

“Ada satu adegan dalam filem Abnormal Buas, babak itu memerlukan Adlin pegang macam nak cekik Hayla. Ketika babak itu dijayakan, anak kami menangis dan babak itu sangat menjadi. Rupa-rupanya, Hayla betul-betul menangis kerana ketakukan dan sakit.

“Sebenarnya, dia tak biasa dan Hayla agak segan kerana Adlin adalah lelaki, tambahan pula Hayla sangat pemalu bila ada orang peluk dia dalam adegan itu. Jadi dia menangis, takut dan malu,” kata Wawa pula.

Pasangan suami isteri ini ditemui di majlis pelancaran novel adaptasi filem Abnormal Buas, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Bakal Ditayangkan 20 Jun Ini, Novel Adaptasi Filem Abnormal Buas Dilancarkan

Novel yang dijual dengan harga RM33.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM35.90 (Sabah dan Sarawak) merupakan adaptasi filem Abnormal Buas dan ia ditulis oleh Shahriman Wahap, Nadzri Kamsin dan Syamzaly Musa serta diterbitkan oleh Karya Publika Sdn Bhd.

Selain Aeril, Wawa dan Hayla, filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Nabila Huda, Johan Asari, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Ahmad Yatim, Datuk Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali, Jalil Hamid dan ramai lagi.

Filem Abnormal Buas terbitan Respected Citizen Production ini bakal menemui penonton pada 20 Jun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sat, 6 Aug 2022

“Mohon Doakan Kesihatan Suami Saya” – Ako Mustapha Dikesan Alami Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

Allahuakbar semoga Ako diberikan kesembuhan dengan segera. Semoga isteri dan anak-anaknya tabah hadapi ujian ini ❤️

Trending Thu, 11 Oct 2018

Tak Nak Bayar Parking Punya Pasal, Pemandu Bakal Disiasat?

Alahai, sebab RM 3 pun sampai nak bergaduh dekat parking? Apa cerita ni…

Hiburan Sat, 5 Jul 2025
Hiburan Tue, 28 Jan 2025
Filem Wed, 15 May 2024
Hiburan Tue, 28 Aug 2018

Tak Kecil Hati Video Teater Kembang Layarku Jadi Bahan Ketawa

Mereka rasa itu jenaka, tapi sebenarnya banyak emosi dipertontonkan. Itu cuma sebahagian saja. Kalau mereka tonton pementasan penuh, mesti mereka faham

Trending Tue, 19 Mar 2019

牛奶可乐一夜爆红!网友吵翻了,你敢喝吗?

最近,推特上有人又发起了一项挑战——牛奶+可乐,你会喝吗?

Featured Fri, 23 Dec 2022

Ketuai Misi Bantuan Banjir Guna Raptor F-150, Wak Doyok Utamakan Kebajikan Mereka Yang Memerlukan

Usahawan dan ikon fesyen, Wak Doyok tidak ketinggalan menghulurkan bantuan di Pantai Timur ketika bencana banjir sedang melanda kawasan terbabit. @wakdoyok8055 Saya sebagai Prisident Persatuan Bakti Kasih Malaysia . Mengetuai misi bantuan banjir. Semoga perjalanan […]

error: Content is protected !!