Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 6, 2024 @ 1:10pm

Filem Bakal Ditayangkan 20 Jun Ini, Novel Adaptasi Filem Abnormal Buas Dilancarkan

Bakal ditayangkan pada 20 Jun ini, filem Abnormal Buas memulakan sesi pengenalannya menerusi pelancaran novel adaptasi daripada naskhah itu yang berlangsung di Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menggunakan judul sama, novel itu ditulis oleh Shahriman Wahap, Nadzri Kamsin dan Syamzaly Musa serta diterbitkan oleh Karya Publika Sdn Bhd.

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel & Wawa Zainal Terkejut Lihat Anak Perempuan Boleh Beraksi Di Hadapan Kamera – “Hayla Tak Ada Asas Lakonan”

Menurut Aeril Zafrel selaku pelakon yang juga penerbit filem, penerbitan novel ini membolehkan khalayak untuk mengenali dan memahami cerita Abnormal Buas dengan lebih mendalam lagi.

“Novel ini diterbitkan disebabkan cerita yang begitu kaya dan mendalam, sehingga tidak dapat dimuatkan sepenuhnya dalam format filem. Dengan menerbitkan novel terlebih dahulu, pembaca dapat menyelami perjalanan cerita secara lebih terperinci dan komprehensif.

“Malah, walaupun tanpa mengikuti keseluruhan trilogi, mereka yang menonton filem ini pun akan tetap dapat memahami alur dan makna ceritanya dengan baik. Ini menunjukkan betapa hebat dan lengkapnya penceritaan dalam novel ini.

“Sebenarnya, menggambarkan keseluruhan cerita dari novel dalam bentuk filem pun mungkin tidak mencukupi. Novel ini seolah-olah menjadi tambahan yang memperkaya pemahaman penonton terhadap dunia cerita yang begitu mendalam. Bagi mereka yang membaca novel ini, pasti akan dapat menyelami dan memahami cerita ini dengan lebih menyeluruh dan bermakna,” katanya.

Menurutnya, filem itu mengisahkan manusia yang bersifat ‘kebinatangan’ dengan diselitkan eleman fiksyen.

“Filem ini tidak berlatarbelakangkan Malaysia, sebaliknya ia berkisarkan di negara yang berbeza. Bandar dan watak yang diketengahkan juga bukan dari Malaysia, memandangkan cerita ini mengandungi unsur-unsur yang mungkin dikenakan tapisan sekiranya ia berlatar di negara kita.

“Oleh itu, untuk memberikan kebebasan kreatif, kami mencipta satu negara yang berbeza sebagai latar belakang. Apa yang menarik mengenai novel dan cerita ini ialah ia agak unik dan mempunyai banyak unsur yang mendebarkan serta membangkitkan rasa teruja,” katanya.

Selain Aeril, filem terbitan Respected Citizen Production ini menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Nabila Huda, Wawa Zainal, Johan Asari, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Ahmad Yatim, Datuk Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali, Jalil Hamid dan ramai lagi.

Novel menceritakan, Dahliya yang mahu melupakan sejarah hitamnya dan mahu memulakan hidup baru bersama anak tunggal kesayangannya Izo. Namun detik hitam muncul lagi dalam hidup Dahliya apabila rumah mereka dimasuki oleh pasangan penyamun, Bullet dan Speed.

Dahliya dan Izo berjaya mengusir mereka, namun sewaktu dia membuat laporan di balai polis, ASP Musa Grey bertindak memperkosa Dahliya di depan Izo. Dahliya dan Izo didatangi oleh tiga lelaki yang mewakili E-1, agensi rahsia yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan politik di Kota Lemuriya.

Mereka berdua diangkat menjadi pembunuh upahan pasukan E-1 yang berpengkalan rahsia di hospital mental Pusat Aman Bahagia.

20 tahun selepas itu, dalam satu pertemuan yang tidak dijangka, Izo bertemu semula dengan ASP Musa Grey, Bullet dan Speed di Harmoni Vila. Izo kali ini sudah bersedia dan tragedi berdarah bakal berlaku di vila itu.

Novel dijual pada harga RM33.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM35.90 (Sabah dan Sarawak).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Hiburan Tue, 1 Oct 2024
Hiburan Wed, 29 Jan 2020

B.I’s Departure From The Group Is The Reason For iKON’s Delayed Comeback?

Because of his abrupt departure, YG Entertainment is making decisions carefully.

Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Sarung Tudung Nampak Leher, Sissy Iman Kecewa Diselar Netizen

Nak tegur, kenalah tahu adab. Tak gitu?

Featured Tue, 14 Sep 2021
Featured Mon, 14 Mar 2022

Siti Nurhaliza Ajak Lee Chong Wei Main Badminton, Siap Ada Lagu Spontan!

Nyanyi lagu spontan pun sedap. Syoknya kalau impian TokTi bermain badminton dengan Datuk Lee Chong Wei tercapai! 😍

Hiburan Wed, 31 Jan 2018

Suara Anuar Zain ‘Ubat’ Mujarab Betul Ke?

BCL, Anuar Zain & Yuna Kharisma Live in Concert’ akan menampilkan gabungan tiga artis serumpun itu dalam satu pentas

Trending Sun, 13 Jul 2025

“Rasa Macam Ditusuk Dengan Batang Kayu” – Tak Segan Mengaku Alami Buasir, Fizie Roslan Bersyukur Semakin Pulih

Pengalaman ngeri diserang buasir pada malam pertama Aidilfitri lalu nyata meninggalkan kesan mendalam buat penyampai radio, Fizie Roslan. Mengimbas detik ‘menakutkan’ itu, Fizie mengakui rasa sakit yang dialaminya sangat luar biasa, sehingga sukar untuk digambarkan […]

error: Content is protected !!