Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah January 13, 2022 @ 1:32pm

Lelaki 57 Tahun Sihat Selepas Tiga Hari Lalui Pembedahan Pemindahan Jantung Babi

Seorang lelaki warga Amerika Syarikat menjadi manusia pertama di dunia menjalani pemindahan jantung daripada babi yang diubah suai secara genetik.

Lelaki yang dikenali sebagai David Bennet berusia 57 tahun disahkan sihat tiga hari selepas prosedur kajian pembedahan selama tujuh jam di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat.

Memetik laporan BBC, pemindahan itu dianggap sebagai harapan terakhir untuk menyelamatkan nyawa David walaupun masih belum dapat dikenalpasti selama mana jangka hayatnya untuk terus hidup.

“Ia sama ada mati atau lakukan pemindahan ini,” ujar David sehari sebelum pembedahan.

“Saya tahu ia adalah percubaan yang saya sendiri tidak pasti keberkesanannya, tetapi ia pilihan terakhir saya,” kata David lagi.

David terlantar di katil selama enam minggu sebelum pembedahan dan harus bergantung pada alat pernafasan bagi memastikan dia terus bernyawa.

Doktor di Pusat Perubatan Universiti Maryland telah diberikan dispensasi khas oleh pengawal selia perubatan Amerika Syarikat untuk menjalankan prosedur itu, jika David yang menghidap penyakit jantung terminal meninggal dunia semasa pembedahan.

Dalam situasi kesihatan David yang kritikal, Doktor mengambil keputusan untuk tidak memindahkan jantung manusia ke dalam badannya kerana ia tidak sesuai.

Babi yang digunakan dalam pemindahan itu telah diubah suai secara genetik untuk menyingkirkan beberapa gen yang akan menyebabkan organ itu ditolak oleh tubuh David, lapor agensi berita AFP.

Selepas pemindahan, David dilaporkan bernafas dengan sendiri tanpa bantuan pernafasan sambil dia dipantau rapi oleh pakar perubatan.

Pasukan perubatan yang menjalankan pemindahan itu menyifatkan prosedur pembedahan ini sebagai kemuncak penyelidikan bertahun-tahun mereka dan ia boleh mengubah kehidupan di seluruh dunia.

“Pembedahan ini akan membawa dunia selangkah lebih dekat dalam menyelesaikan krisis kekurangan organ,” kata pakar bedah, Bartley Griffith.

Penggunaan organ haiwan untuk pembedahan pemindahan organ ke dalam badan manusia atau xenotransplantation telah lama dipertimbangkan.

Penggunaan injap jantung babi telah menjadi perkara biasa di dalam dunia perubatan.

Pada Oktober 2021, pakar bedah di New York mengumumkan mereka telah berjaya memindahkan buah pinggang babi kedalam tubuh manusia. Percubaan itu dianggap sebagai percubaan yang maju di dalam perubatan.

Sumber: BBC

Kredit foto: Reuters

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Comelnya! Gaya Anak-Anak Selebriti Malaysia Ke Sekolah

Belajar rajin-rajin yer anak-anak semua…ops, make sure balik nanti kasut sekolah awak masih putih ok?

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Thu, 17 Jul 2025
Hiburan Wed, 12 Feb 2025
Featured Thu, 12 Jan 2023

“Kali Terakhir Saya Jumpa…” – Syafiq Yusof Harap Abang Tabah Hadapi Ujian Rumah Tangga

Semoga Syamsul menjumpai jalan yang terbaik buat rumah tangganya

Featured Thu, 27 Feb 2020
Selebriti Sun, 4 Jan 2026

Dr Izhar Ariff Kongsi Pandangan Hukum Beli Kain Kafan Mahal, Turut Beri Respons Komen Warganet – “Bagi Orang Kaya Yang Zakatnya Berjuta, Tak Membazir Setakat RM999”

Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff, Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM tampil memberi pandangan hukum menerusi Instagram rasminya.

error: Content is protected !!