Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops February 27, 2020 @ 8:00am

Anak mengamuk gara-gara ketagih TV, ketahui tanda dan cara untuk tangani masalah ini

Dalam zaman teknologi yang serba canggih, ibu bapa moden mungkin lebih risau mengenai ketagihan anak terhadap gajet seperti telefon pintar atau iPad, sehingga mereka terlepas pandang mengenai satu lagi permasalahan  iaitu ketagihan terhadap televisyen.

anak ketagih TV

Kredit gambar: Mykids Time

Bagi ibu bapa yang melarang atau menyekat anak-anak daripada bermain dengana gajet, pilihan lain yang mungkin anak-anak ada ketika berada di rumah ialah menonton televisyen. Tambahan pula, apabila anak berada berjam-jam di hadapan televisyen, ia mungkin memberi peluang terutama kepada ibu untuk menyiapkan kerja rumah yang banyak tanpa sebarang gangguan.

Bagaimanapun, mungkin ada segelintir ibu bapa tidak sedar ketagihan televisyen boleh menyebabkan kemudaratan dan kesan buruk pada kesihatan antaranya seperti masalah rabun, insomnia, berat badan naik serta permasalahan lain.

anak ketagih TV

Kredit gambar: Cafe Mom

Tanda-tanda anak yang mengalami ketagihan televisyen itu boleh diketahui apabila ibu bapa melihat mereka tidak lagi gemar melakukan aktiviti luar seperti bermain di taman permainan, anak menjadi introvert di mana mereka tidak gemar bergaul dengan orang lain, tidak endah jika disuruh melakukan kerja rumah atau mengamuk ketika tidak dibenarkan menonton TV.

Berikut merupakan beberapa panduan yang boleh ibu bapa lakukan untuk menangani permasalahan ketagihan televisyen.

1. Ubah sikap sendiri terlebih dahulu

Ibu bapa adalah cerminan atau ikon kepada anak-anak, jadi apa yang dibuat, pasti anak akan ikut. Sebelum mendidik anak-anak, ibu bapa perlu mengubah tabiat mereka sendiri dahulu. Sehubungan itu, ibu bapa perlu mengawal diri mereka daripada menonton rancangan atau drama kegemaran mereka terlalu lama sebelum menyuruh anak mereka berbuat demikian. 

2. Tetapkan jadual menonton televisyen

Ibu bapa perlu buat jadual untuk anak menonton televisyen. Bukan untuk menyekat kebebasan mereka, tapi dengan adanya jadual, anak bukan sahaja akan lebih berdisiplin, malah bertanggungjawab dan tahu had masa yang dibenarkan untuk mereka. 

Ada juga ibu bapa yang mempunyai peraturan tidak membenarkan anak menonton televisyen pada hari persekolahan, namun sekali-sekala, beri mereka kelonggaran untuk menonton program kegemaran.

anak ketagih TV

Kredit gambar: Mom.com

3. Letakkan TV di tempat yang sesuai

Setiap rumah pada zaman sekarang mungkin mempunyai lebih daripada satu televisyen. Ada yang diletakkan di ruang tamu, di dapur dan juga bilik tidur. Bagi memerangi masalah ketagih televisyen, mungkin satu televisyen untuk setiap rumah sudah memadai. Cara itu mampu menjimatkan penggunaan tenaga sekaligus mengelakkan bil elektrik daripada melambung tinggi.

4. Sembunyi alat kawalan jauh televisyen

anak ketagih TV

Kredit gambar: The Graphics Fairy

Jika anak tidak mengikut arahan atau jadual yang ditetapkan, cara yang paling mujarab adalah dengan menyembunyikan alat kawalan jauh televisyen. Memang nampak seolah-olah agak kejam, namun percayalah, ia untuk kebaikan mereka juga. Pada mulanya anak-anak mungkin akan protes, tapi cuba jelaskan kepada mereka rasional atas tindakan yang dilakukan dan lama-kelamaan mereka mungkin akan sedar mengenai perkara itu.

Terdapat banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan anak daripada ketagih televisyen seperti melakukan aktiviti luar bersama-sama keluarga, mengadakan sesi pembelajaran yang lebih kreatif dan menarik serta memupuk budaya ilmu di rumah.

anak ketagih TV

Kredit gambar: Business Professional Insurance Associates

Semoga panduan di atas memberi manfaat kepada ibu bapa untuk mengawal dan menangani masalah ketagih televisyen dalam kalangan anak-anak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 26 Dec 2021

Baru Berusia 6 Tahun, Anak Vivy Yusof Beri Duit Simpanan Untuk Beli Mainan Kepada Mangsa Banjir

Baru-baru ini usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya memberitahu anak perempuannya yang berusia enam tahun telah menghulurkan duit simpanan untuk diberikan kepada mangsa banjir. Ibu kepada empat orang anak […]

Featured Thu, 14 Apr 2022

Hariz Danial Tak Sabar Bekerjasama Dengan Komposer Terkenal – “Peluang Terbaik Untuk Penyanyi BBNU”

Wah, menarik tu. Bukan calang-calang penyanyi boleh buat lagu dengan komposer hebat seperti Sharon Paul

Featured Wed, 27 Oct 2021

Tak Tahan Digganggu, Tindakan Berani Gadis Ini Menegur Lelaki Yang Mengikutinya Dapat Perhatian Ramai

Siapa sahaja yang tidak takut apabila terdapat lelaki tidak dikenali memerhati dan mengganggu ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Pada Selasa yang lalu, satu video di TikTok tular dimana seorang gadis berhadapan dan menegur lelaki […]

familuv Mon, 8 Oct 2018

7 Mitos Tentang Kehamilan Yang Anda Kena Berhenti Percaya

Ada “nasihat” yang boleh diterima pakai, dan ada yang tak logik.

Gaya Hidup Sat, 18 Aug 2018
Featured Sat, 27 May 2023
error: Content is protected !!