Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir January 12, 2023 @ 5:27pm

“Kali Terakhir Saya Jumpa…” – Syafiq Yusof Harap Abang Tabah Hadapi Ujian Rumah Tangga

Sejak Jumaat lalu, pengarah sensasi Syamsul Yusof menjadi perhatian di serata media sosial selepas membuat pengumuman sudah berkahwin dengan Ira Kazar.

Pengarah dan adik kepada Syamsul iaitu Syafiq Yusof tampil memberi kenyataan dengan menyifatkan abangnya sebagai seorang yang tabah meskipun sedang menghadapi masalah rumah tangga bersama isteri pertama, Puteri Sarah Liyana.

Menurutnya, dia percaya abangnya mampu memperbetulkan semula keadaan dengan caranya sendiri.

“Mengenali abang saya, dia seorang lelaki yang tabah seperti ayah kami.

“Apa sahaja masalah, kerja dia mesti siap dan saya percaya dia mampu kendalikan,” katanya.

Namun, Syafiq mengakui tidak mencampuri hal peribadi abangnya kerana masing-masing sibuk dengan pelbagai projek termasuk penggambaran filem.

“Kami tidak duduk serumah dan jarang berjumpa. Kali terakhir kami berjumpa pada hari raya tahun lepas. Tetapi, perbualan lebih kepada filem dan projek baharu.

“Kami bercakap di telefon pula sekitar dua bulan lalu tetapi sama ada berkaitan hal kerja atau peribadi, biarlah saya simpan sendiri,” jelasnya ketika ditemui semasa majlis tayangan drama bersiri terbaharu arahannya, Special Force Anarchy terbitan Disney Hotstar dan Skop Productions, hari ini.

Tambah Syafiq, dia tidak mengetahui sama ada kedua ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail sudah bertemu dengan menantu baru mereka atau tidak kerana dia juga masih belum berkesempatan untuk bertemu dengan mereka.

“Saya tak ada jumpa dia. Saya tak pasti ibu ayah juga begitu. Saya sebenarnya, kalau boleh, hal keluarga biarlah kekal hal sebagai hal peribadi keluarga.

“Tetapi saya faham, bapa saya dan kami ini adalah keluarga seni jadi kami terpaksa terima bila jadi perhatian.

“Tetapi, sesiapa pun boleh fikir waras dan boleh tahu bahawa tak semua perkara dalam internet itu benar. Ada yang bercampur baur, malah kebanyakannya mungkin fitnah,” ujarnya.

Akhir kata, Syafiq berharap agar orang ramai berhenti membuat spekulasi yang tidak benar dan boleh memburukkan lagi keadaan.

“Paling utama, saya harap netizen tidak buat andaian yang bukan-bukan. Selain itu, saya harap isu ini selesai cepat dan tak nak hal peribadi keluarga ini terus menjadi bualan ramai.

“Tiada apa yang saya dapat katakan. Cuma, mahu mendoakan kebahagiaan dan ketenangan ibu bapa dan keluarga. Saya tak masuk campur namun sebagai adiknya, saya tetap doakan kebahagiaan dan ketenangan Syamsul dan keluarganya,” katanya lagi.

Foto kredit: NSTP/Aziah Azmee

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 31 Oct 2018
Hiburan Thu, 16 Jan 2020

《叶问4:完结篇》成功稳坐中文电影冠军!

最强宗师强势回归,在大马的票房气势如虹,于2019年12月20日圣诞节档期上映至14日,已经突破3500万令吉以及入场观众高达225万的观看人数。

Hiburan Tue, 18 Feb 2025

“Andai Ada Yang Berniat Menjatuhkan Saya, Saya Maafkan” – Nadeera Zaini

Bukan artis ditangkap khalwat, Nadeera maafkan pemfitnah

Hiburan Sun, 3 Dec 2017

Bukan Rampas, Hanya Tumpang Kasih Kata Izreen Azminda

Izreen Azminda mengakui akur dengan cemuhan orang ramai yang melabel dirinya sebagai perampas dan meruntuhkan kebahagian rumahtangga orang lain.

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Azar Azmi Akui Tertekan!

Panas macam mana agaknya watak Azar dalam Nur 2, korang kenalah tunggu okay!

Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Azira Shafinaz Pemalu Mulakan Perbualan, Akui Sukar Didekati – “Muda Atau Tua Okay Saja, Suka Lelaki Ada Usaha & Bijak”

Azira berkata dia kini bahagia dengan status bujang dan tidak mahu tergesa-gesa dalam soal perkahwinan.

Featured Thu, 20 Oct 2022
Trending Mon, 6 Apr 2020

Siapa Sangka, Penderma Plasma Darah Pertama Ini Adalah Bekas Pesakit Covid-19

Semoga bermanfaat untuk kita semua dalam memerangi Covid-19

error: Content is protected !!