Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir February 20, 2023 @ 7:03pm

Didakwa Tidak Lagi Menyanyi & Selesa Duduk Rumah Jaga Anak Sahaja, Ini Respons Syamel

Penyanyi Syamel tidak menyalahkan segelintir netizen yang mempunyai tanggapan bahawa dirinya kini hanya duduk rumah menjadi suri rumah tangga sahaja.

Memetik laporan Utusan, gara-gara dia kerap memuat naik hantaran yang berkaitan dengan anak dan keluarga membuatkan mereka berfikiran seperti itu.

“Saya tidak salahkan mereka yang anggap begitu. Saya sendiri bila tengok hantaran di media sosial, lebih berkisarkan keluarga.

“Gambar anak yang banyak. Mungkin saya teruja dan lebih banyak berkongsi perihal anak,” katanya.

Namun, suami kepada penyanyi Ernie ini memberitahu dia akan kembali aktif berkongsi soal kerja sahaja.

“Macam saya cakap, tahun ini ada perancangan besar yang akan dilakukan. Saya akan mula menjaga feed media sosial. Bukan menyesal tau.

“Bila banyak sangat gambar keluarga, mungkin orang dah lupa saya sebagai penyanyi. Tugas saya untuk kembali aktif dan mengingatkan mereka, saya penyanyi!,” ujarnya.

Disoal sama ada dia berkecil hati tentang tuduhan yang mengatakan dirinya lebih selesa menjadi suri rumah tangga, dia tidak terasa kerana sudah menjadi tanggungjawabnya menjaga keluarga dengan baik.

“Saya tidak ada masalah. Rasanya peminat tahu perancangan kerjaya seni saya. Kita tidak boleh halang orang untuk berkata-kata. Masing-masing boleh buat andaian dan pendapat.

“Asalkan saya tahu tanggungjawab sebagai suami dan bapa, jaga keluarga dengan baik, andaian seperti itu tidak menyesakkan saya. Lagipun, awal tahun, kebanyakan penyanyi berehat dahulu,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Oct 2021

Terjejas Akibat Pandemik, Forum Perniagaan PKS BH Bantu Usahawan

Kegiatan ekonomi di Malaysia jelas terkesan sejak wabak Covid-19 melanda terutama terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ketika negara kita telah memasuki fasa endemik, sedikit sebanyak memberi sinar baru kepada para usahawan PKS. Terdapat hampir […]

Featured Wed, 14 Apr 2021

2 Pelajar Malaysia Diterima Masuk Ke Universiti Harvard

Dua orang pelajar Malaysia menjadi inspirasi ramai apabila berjaya diterima masuk ke Universiti Harvard. Kedua dua pelajar tersebut ialah Jarell Cheong Tze Wen dan Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi yang berasal dari Kuantan, mereka bakal memasuki […]

Hiburan Wed, 24 Jul 2019
Hiburan Wed, 9 Jan 2019

八度空间15周年庆!艺人齐到孤老院「送」欢乐

八度空间15周年庆!艺人齐到孤老院为长者和小朋友们「送」欢乐,「颂」快乐。

Hiburan Thu, 20 Nov 2025

‘Diserang’ Warga Indonesia Isu Batik, Aisha Retno Tampil Bersuara

Aisha Retno berkata dia amat menyukai batik Indonesia memandangkan ibunya adalah orang asli negara berkenaan

Events Fri, 7 Sep 2018

Jurnal Minggu Ke-8 : #daiTV3 Beriadah Sambil Terokai Pengalaman Jadi Buruh Binaan

Saksikan jurnal Da’i bagi mengetahui aktiviti Para Da’i kita sepanjang minggu sebelum ke pentas Pendakwah Nusantara Musim Ke-6

Hiburan Thu, 26 May 2022
Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Bakal Akhiri Zaman Bujang, Rizman Umum Bertunang Hari Ini

Syukur Alhamdulillah…Tahniah Rizman & Ida Suraya!

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

John Legend, Tayang T**** Isteri

Tindakan isteri kepada penyanyi terkenal itu adalah sesuatu yang berani. Ini kerana, Chrissy Teigen juga pernah melakukan pose bogel beliau dan menayang sebahagian payudaranya itu dianggap sesuatu yang biasa buat dirinya

Trending Fri, 16 Apr 2021

Nak Iftar Cara Sihat Tapi Nak Makan Nasi? Jom Semak Tips Yang Masterchef Bagi Ni!

Bila tibanya bulan Ramadan ini, mulalah nafsu makan kita akan membuak-buak dan bertambah-tambah! Selera pastinya menginginkan pelbagai jenis makanan, terutama sekali setiap kali tiba waktu berbuka puasa. Tapi sebenarnya, bulan ini merupakan peluang untuk kita […]

error: Content is protected !!