Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops April 2, 2018 @ 11:47am

(VIDEO) Huru-Hara Di Butik Victoria’s Secret Gara-Gara Sale. Nasib Baik Tak Runtuh!

Jadi memang betullah. Kadang-kadang bila ada jualan murah, sesetengah orang itu boleh hilang pedoman.

Itulah yang ditunjukkan dalam sebuah video yang kini telah viral sejak semalam, melibatkan sebuah butik Victoria’s Secret yang bertempat di Imago The Mall, Kota Kinabalu Time Square.

Nampaknya, berpuluh-puluh orang berebut-rebut untuk memasuki cawangan tersebut semalam gara-gara sale yang diadakan di situ. Orang yang tengok dari luar mungkin ingat ada rusuhan.

Menurut laman Facebook Victoria’s Secret, koleksi terbaru Fresh Escape Mist dijual dengan harga RM79 sebotol. Bukan itu saja! Ada juga promosi “beli dua, percuma satu” yang sepatutnya berakhir semalam.

Pada hari Sabtu lepas pula, laman Facebook tersebut mengumumkan lagi bahawa Mist ini akan dijual dengan harga RM29 sebotol! Wow, banyaknya diskaun! Patutlah ramai yang serbu agar mereka tak terlepas peluang.

Foto: Facebook

Video ini menunjukkan bahawa staf butik tersebut cuba sedaya upaya untuk menutup pagarnya bagi mengawal keadaan tapi ada pelanggan yang berjaya pecah masuk dan terus menyambar barangan yang dipamerkan dengan rakusnya. Fuyo!

Beberapa jeritan kedengaran, dan ada laporan mengatakan bahawa ada seorang wanita yang mengamuk dengan orang-orang di sekelilingnya kerana mereka bertolak-tolak.

Tak pastilah samada dia tu salah seorang staf atau pelanggan. Tapi situasi sebegini sedikit sebanyak mencerminkan perangai orang Malaysia ketika adanya jualan murah, sampai hilang tatatertib.

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Sep 2023

Tak Ada Solusi, Wanita Dakwa Abby Abadi, Norman Hakim Beri Izin Nak Viral Kes Anak Penyondol?

‘Tak ada solusi nak hentikan anak mereka sendiri’ – Misya. Hmm 🥵 Ini parah niii

Featured Fri, 25 Jul 2025
Trending Thu, 18 Oct 2018

Hyundai BHS 7999 Dicari, Keluarga Mohon Orang Ramai Beri Kerjasama

Jika dilihat melalui video yang tular di media sosial sejak semalam, Amirah bukannya jalan sambil bermain telefon.

Hiburan Wed, 10 Dec 2025
Trending Tue, 24 Mar 2020
Featured Tue, 11 Nov 2025
Hiburan Tue, 20 Sep 2022
Hiburan Wed, 12 Mar 2025
error: Content is protected !!