Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 19, 2024 @ 8:17pm

“Saya Bersyukur Kalau Berita Cerai Itu Benar”- Patimah Ismail 

Selepas suaminya yang juga pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mengulas mengenai perceraian anaknya, Syamsul Yusof, kini giliran isterinya pula, Datin Patimah Ismail tampil memberikan respons.

Menurut Patimah, dia bersyukur jika berita mengenai perceraian anaknya itu benar seperti yang diperkatakan.

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Jika benar berita ini, saya amat bersyukur. Semoga Syamsul kembali ke jalan yang benar,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, dia juga sudah memaafkan pihak keluarga Ira di atas apa yang berlaku.

“Namun, nasi sudah jadi bubur dan rumah-tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul hancur, anak-anak jadi mangsa,” jelasnya.

Sebelum ini, Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut mengenai isu kontroversi itu sekaligus meminta mana-mana pihak yang mahukan penjelasan agar bertanya dan menghubungi terus tuan empunya badan.

ARTIKEL BERKAITAN:Yusof Haslam Enggan Komen Isu Cerai Anak, Mengaku Sudah Lima Tahun Tidak Berhubung – “Allahuakbar!  Kami Tak Berani Nak Komen”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Fail Cerai, Syamsul Yusof Padam Foto Kahwin Dengan Ira Kazar

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Kembali Rujuk & Jadi Isteri Kedua Syamsul Yusof? Ini Respons Puteri Sarah – “Takkan Terjadi, Kita Dah Move On”

ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 May 2019

Rico Rinaldi Summeraya 2019, terilham daripada keindahan sang rama-rama

Sebuah koleksi yang cukup praktikal dan menawan!

Featured Wed, 13 Oct 2021

Terjejas Akibat Pandemik, Forum Perniagaan PKS BH Bantu Usahawan

Kegiatan ekonomi di Malaysia jelas terkesan sejak wabak Covid-19 melanda terutama terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ketika negara kita telah memasuki fasa endemik, sedikit sebanyak memberi sinar baru kepada para usahawan PKS. Terdapat hampir […]

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

Seram Beb! SANTET: Black Magic Bukan Hiburan Semata-Mata

Bukan sekadar hiburan semata, Santet membawa banyak pengajaran di mana ia merupakan kisah benar yang pernah berlaku di alam nyata.

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Hidup Mewah Hasil Duit Haram, Erma Fatima Sindir Siapa?

Untuk apa kesenangan dari kesengsaraan sahabat sendiri kan?

Hiburan Wed, 5 Jun 2019

‘Mana Tahu Tahun Depan Beraya Bertiga Pula’- Fazura

Walaupun tahun ini bukan kali pertama kami beraya sebagai suami isteri, bagi saya ia tetap sesuatu yang istimewa buat kami berdua.

Featured Tue, 7 Sep 2021
Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Thu, 11 Dec 2025
error: Content is protected !!