Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 19, 2024 @ 7:49pm

Yusof Haslam Enggan Komen Isu Cerai Anak, Mengaku Sudah Lima Tahun Tidak Berhubung – “Allahuakbar!  Kami Tak Berani Nak Komen”

Pengarah dan penerbit filem popular, Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut mengenai berita perceraian anaknya, Syamsul Yusof.

Katanya memetik laporan Berita Harian, dia tidak mengetahui berkenaan isu tersebut sehinggalah dimaklumkan sendiri oleh pihak media.

Bahkan, selama ini pihak keluarga dan Syamsul juga tidak pernah berhubung sejak lima tahun yang lalu.

“Memang kita tidak tahu apa-apa. Macam mana kami hendak tahu dengan keadaan begini.

“Saya tidak tahu mengenai hal ini. Allahuakbar! Kami sudah tidak berhubung, malah Aidilfitri pun dia tidak balik. Jadi, kami tidak berani komen sebab tidak tahu langsung hal ini,” katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, Syamsul Yusof didakwa telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, sumber mengatakan anak kepada pengarah terkemuka, Datuk Yusof Haslam itu mahu bercerai setelah tidak ada lagi persefahaman dengan isterinya.

Dan, pada Oktober lalu, timbul khabar angin mendakwa Syamsul dan Ira sudah bercerai.

Sekadar info, Syamsul dan Ira iaitu anak pelakon Kazar Saisi mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Fail Cerai, Syamsul Yusof Padam Foto Kahwin Dengan Ira Kazar

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Kembali Rujuk & Jadi Isteri Kedua Syamsul Yusof? Ini Respons Puteri Sarah – “Takkan Terjadi, Kita Dah Move On”

ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin

 

Sumber: Berita Harian/Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Trending Fri, 20 Nov 2020
Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Harap Magis Hi Hi Bye Bye

Harap dipermudahkan.

Hiburan Mon, 26 May 2025
Hiburan Fri, 8 Sep 2023
error: Content is protected !!