Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 20, 2025 @ 7:01pm

[VIDEO] Dah Hilang Sabar, Anim Ezati Dakwa Bekas Suami Ugut Anak Jadi Toksik – “Kau Tak Boleh Tengok Dia Bahagia Dengan Bapa Tiri” 

Pengacara dan personaliti TV3, Anim Ezati tampil memberi ‘amaran’ kepada bekas suaminya yang didakwa telah meracun pemikiran anak mereka untuk menjadi toksik.

Menerusi sebuah video di TikTok, Anim mendakwa bekas suaminya itu akan ‘mengugut’ anak mereka sekiranya dia rapat dengan bapa tirinya yang dikenali sebagai Ariff.

“Satu benda yang aku tak suka adalah bila kau (bekas suami) cuba jadikan anak aku toksik, pemikiran macam kau. Dia (anak) sampai takut nak baik dengan bapa tiri sebab kau brainwash dia.

“Kalau dia baik dengan bapa tiri, kau tak bagi main ice skating, kau cakap tak nak beli toys. Kau ugut cakap semua benda yang kau bagi akan ditarik balik, tak malu ke?,” katanya dalam nada berang.

Dalam perkongsian sama, Anim turut memaklumkan dia dan bekas suami telah saling menyekat satu sama lain di mana-mana platform.

Malah, jelas Anim lagi perkara seperti ini akan terjadi sekiranya anaknya dilihat bahagia bersama bapa tiri.

“Kami dah block masing-masing untuk kebaikan mental aku, perkahwinan aku. Dia hanya boleh berhubung melalui orang gaji aku.

“Apa yang dia tahu hanyalah stalk anak aku di media sosial. Bila aku post video anak aku mesra dengan bapa tiri, dia akan ugut anak aku.

“Orang tu (bapa tiri) dah jalankan tanggungjawab yang cukup baik sekali terhadap anak kau, hantar anak kau pergi sekolah hari-hari, tak bersyukur lagi ke?,” katanya.

Di akhir video tersebut, Anim yang seolah-olah tidak dapat menahan sabar lagi tidak teragak-agak untuk membongkar segala perkara membabitkan bekas suaminya sekiranya perkara itu masih berterusan.

“Benda ni dah melampau, kalau saya tak buat macam ni dia tak akan berhenti seksa dan brainwash anak aku sampai anak aku jadi macam dia. jangan jadi toksik!

“Kau jangan sampai aku bukak satu persatu benda yang aku tak sepatutnya cakap,” katanya.

@animezati

Tak pernah aku cerita pasal benda ni. tapi ni je cara aku nak sampaikan kat dia sebab we not contact each other anymore. Sorry guys. sebab aku rasa ini je jalan untuk anak aku tak lagi lalui semua ni. She deserve to be happy dengan hidup yang ditakdirkan untuk dia sekarang. Aku rasa tak fair bila dia dibuat macam ni. she’s just a kid yang nak happy.

♬ original sound – Anim Ezati – Anim Ezati

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Oct 2024

“Jangan Dah Terhantuk Baru Nak Usaha, Rujuk Bukan Untuk Semua Orang” – Diana Danielle

‘Perempuan nak tengok effort dalam perkahwinan, bukan di pintu mahkamah’ – Diana Danielle

Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Macam P Ramlee & Cik Tipah, Klasik Sangat!” – Netizen Teruja Tonton Lakonan Fazura & Fattah Amin

Wowwww 🤩🤩🤩 Sukanya min tengok pasangan sejoli ni berlakon ala-ala macam dalam filem Allahyarham P Ramlee 🤩🤩 Terbaikk, suara Faz macam Cik Pah!

Trending Sat, 13 Oct 2018

桌上别放咖啡杯!这「9项物品」降低工作效率

你的办公桌是否堆满了杂物,想要好好移动滑鼠都很难?

Featured Sun, 7 Aug 2022
Trending Tue, 19 Feb 2019

Movie Animation Park Studios Masuk Percuma Mulai 1 Mac

Sekarang tak perlu risau , nak main baru bayar masuk pun percuma tak macam dulu

Trending Sat, 19 Jun 2021
Hiburan Mon, 27 Apr 2026
Featured Tue, 18 Jun 2024

Tiga Remaja Lelaki Diculik, Dipukul & Gambar B*gel Dirakam

Dah lah culik, penjahat siap ugut tau nak sebar gambar bogel mangsa😡

error: Content is protected !!