Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 20, 2019 @ 1:51pm

Kerana Minat, Mia Sara Ingin Mencuba Nasib Sebagai Penyanyi Pula!

Baru berusia 14 tahun, tetapi Mia Sara atau nama penuhnya Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan ini telah pun menempa nama sebagai salah seorang pelakon kanak-kanak yang popular di Malaysia dan telah menceburi bidang lakonan seawal umur 7 tahun lagi.

Di antara filem yang dilakonkan oleh Mia adalah seperti Nur Kasih The Movie dan Papa I Love You, manakala drama-drama yang telah melonjak namanya di dalam industri seni lakonan adalah seperti drama Strawberi Karipap, Adamaya dan Tiramisu. 

Namun sejak akhir-akhir ini wajah Mia jarang menghiasi kaca televisyen.  Mia ketika ditemui Xtra sewaktu sidang media pelancaran program kanak-kanak musim cuti sekolah saluran Astro beberapa hari lepas mengatakan dia kini sibuk menumpukan perhatian kepada pelajarannya. 

“Mia sekarang kurang aktif sebab Mia mahu fokus dalam pembelajaran. Haritu Mia fokus untuk peperiksaan UPSR, tahun depan Mia dah tingkatan tiga jadi ada PT3 pula.

“Memandangkan peperiksaan besar dekat-dekat, Mia tak berani nak terima tawaran kalau penggambarannya memakan masa yang lama sebab nanti Mia sukar untuk bahagikan masa. 

“Buat masa ni Mia lebih fokus kepada perniagaan gincu bibir dan mencari ‘content’ untuk saluran YouTube Mia sendiri,” ujar Mia kepada Xtra. 

Mia juga menyuarakan hasrat untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian pula kerana menurutnya dia lebih cenderung terhadap nyanyian daripada lakonan dan menyukai genre ballad dan R&B. 

“Mia memang nak menceburi bidang nyanyian pula lepas ni sebab dari dulu Mia memang minat cuma tak kesampaian kerana lebih menerima tawaran lakonan. 

“Walau bagaimanapun, Mia bukanlah nak keluarkan album atau ‘single’ buat masa terdekat ni sebab Mia masih lagi belajar. Mia sekarang tengah mengasah bakat dengan memasuki kelas vokal.

“Mia hanya tau bermain ukelele dan itupun Mia belajar sendiri tanpa bimbingan sesiapa. InsyaAllah Mia akan belajar bermain instrumen lain seperti piano dan gitar, kerana itu yang paling asas. Apa-apapun Mia akan kejar cita-cita Mia dalam bidang nyanyian cuma ‘not anytime soon’.” kata Mia mengakhiri perbualan. 

Oleh: Fas

Kredit Foto: Fas & Instagram @therealmiasara

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Mar 2025

Awie Sambut Aidilfitri Sederhana, Anak-Anak Beraya Bersama Ibu Masing-Masing – “Tahun Ni Rumah Terasa Kosong…”

Awie sambur Hari Raya Aidilfitri secara sederhana bersama dua anak-anak kecil

Featured Thu, 9 Oct 2025

Hazwani Helmi Titip Pesanan Sukarelawan GSF Luar Negara Buat Rakyat Malaysia – “Ini Hanyalah Permulaan”

Hazwani Helmi tampil menyampaikan pesanan rakan-rakannya dari pelbagai negara buat rakyat Malaysia.

Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Kenapa Pak Nil Emosi Tengok Drama TV3 Ni?

Geram dengan watak Husna dan Nek Pah pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi turut emosi menonton drama Jangan Benci Cintaku yang disiarkan di TV3

Featured Wed, 18 May 2022

“Saya Dah Lama Nak…” – Baby Shima Dedah Wajah Dan DM Lelaki Ajak Lakukan Seks

Aduhai… Dah takda kerja lain ke? Harapnya ada tindakan yang diambil ke atas individu macam ni 😤

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Rashidi Jelaskan ‘Hubungan Istimewa’ Bersama Fify Azmi

Gambar tengah promosi perfume rupanya

Featured Wed, 13 Apr 2022
Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Thu, 10 Mar 2022
error: Content is protected !!