Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 1, 2022 @ 6:42pm

Isu Langgar Kontrak, A Aida & Idris Khan Setuju Selesai Kes Luar Mahkamah

Penerbit sensasi, Datuk A Aida dan pelakon Idris Khan bersetuju untuk selesaikan kes saman yang difailkan oleh penerbit tersebut di luar mahkamah.

Memetik laporan Kosmo, keputusan tersebut dibuat selepas A Aida menarik balik saman terhadap Idris ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam prosiding berkenaan, peguam yang mewakili Idris selaku defendan kedua iaitu Jason Wee memohon supaya kes berkenaan diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Permohonan yang dibuat dihadapan Hakim Zulqarnain Hassan turut dipersetujui oleh pihak A Aida.

Susulan kes berkenaan mendapat kata sepakat kedua-dua pihak, Zulqarnain kemudian membenarkan ia diselesaikan di luar mahkamah secara baik tanpa sebarang tanggungan pada kedua-dua belah pihak.

Namun, mahkamah turut memerintahkan pelakon drama Tuan Danial itu membayar RM3,780 kepada plaintif sebelum penghujung November 2022 selain tidak boleh memfailkan saman malu terhadap A Aida.

Dalam prosiding di mahkamah sama juga, defendan pertama, iaitu pelakon Amelia Henderson kekal dengan keputusan untuk meneruskan perbicaraan.

Terbaharu, Idris telah mengeluarkan kenyataan bagi kes tersebut dalam Instagram miliknya.

“Setelah perbincangan antara peguam saya dan peguam A Aida, pihak telah mencapai satu persetujuan di luar mahkamah di mana A Aida menarik balik kesemua writ dan tuntutan ke atas saya tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dengan syarat saya tidak memulakan tuntutan saman ke atas beliau, termasuk tuntutan saman malu ke atas beliau.

“Saya perlu memberikan balik wang pendahuluan sahaja ke beliau dan tidak ada apa-apa pengakuan dari pihak beliau mahupun pihak saya ke atas liabiliti di dalam kes ini.

“Pihak-pihak telah bersetuju dan mencapai kata sepakat pada hari ini.

“Ini bagi saya satu pengadilan yang adil dan saksama ke atas diri saya di mana pihak-pihak tidak perlu memanjangkan proses ini.

“Malahan, status quo saya di dalam kes ini tidak disekat. Keputusan ini dibuat selepas perbincangan secara menyeluruh dengan pihak peguam saya Jason Wee dan pihak A Aida,” tulisnya.

Terdahulu, A Aida memfailkan saman terhadap Idris dan Amelia kerana didakwa melanggar kontrak penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

ARTIKEL BERKAITAN: Idris Khan & Amelia Henderson Ke Mahkamah November Ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 7 Jan 2022

Media Prima Audio Lancarkan Stesen Radio Baharu: Molek FM, Gu Pantai Timur

Pihak pengurusan Media Prima Audio (MPA) telah mengumumkan pembukaan stesen radio terbaharu dibawah naungannya iaitu Molek FM, Gu Pantai Timur pada 30 Disember yang lalu. Pengumuman mengenai barisan penyampai Molek FM yang akan menyerikan stesen […]

Hiburan Thu, 28 May 2026

Pernah Diuji Hingga Dihalau, Dibaling Makanan… Ozlynn Syukur Rumah Tangga Masih Utuh

Ozlynn bersyukur kerana dia dan Johan sentiasa berdepan setiap ujian bersama-sama sepanjang melayari alam rumah tangga.

Events Mon, 28 Jan 2019

Indulge in a Hyper-Reality Experience at The VOID

It is a VR experience like no other.

Hiburan Thu, 4 Jul 2024

Tampil Dengan Imej Berhijab, Nora Danish Akui Lebih Tenang & Selesa – “Doakan Saya Kekal Istiqamah” 

Manis je Nora bila dah bertudung ni kan, Alhamdulillah.. Moga terus istiqamah ❤️

Featured Fri, 7 Jan 2022

Penularan Varian Omicron, Lockdown Akan Berkuatkuasa Semula? Ini Jawapan KJ

Pokok pangkalnya, kenalah jaga SOP kalau tak nak lockdown lagi…

Hiburan Thu, 13 Mar 2025

Anta Permana Jadi Pilihan Raja Charles III, Reaksi Pertama Siti Nurhaliza Ingat Kena Tipu 

Siti Nurhaliza ingat kena tipu ;agu Anta Pernama jadi pilihan Raja Charles III

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Meriahkan Jelajah Nur 2 Dan Temui Barisan Pelakon Di ISetan KLCC Esok!

Nak jumpa Ustaz Hamadi dan Aisyah dalam Nur 2? Jom kunjungi Isetan KLCC esok!

Featured Thu, 26 Oct 2023
error: Content is protected !!