Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom December 10, 2019 @ 12:02am

Shweta akur serah Anugerah Kostum Kebangsaan Terbaik kepada Filipina

Kemanisan seketika dikecapi rakyat Malaysia apabila Anugerah Kostum Kebangsaan Terbaik pada pertandingan Ratu Universe 2019 yang dimenangi oleh wakil negara, Shweta Sekhon sebentar tadi telah ditarik balik oleh pihak penganjur selepas didakwa berlaku kesilapan teknikal.

Pada awalnya, Shweta yang menggayakan konsep Peranakan Indulgence hasil rekaan Carven Ong diumumkan pemenang anugerah terbabit. 

Foto: Insider

Tetapi sebaliknya anugerah itu dimenangi oleh wakil dari Filipina, Gazini Ganados yang hadir dengan kostum besi berwarna kelabu.

Peranakan Indulgence merupakan kostum yang mengangkat kaum Peranakan dengan kombinasi hebat menggunakan kain sarung dan songket. 

Kostum berwarna-warni itu turut dilengkapkan dengan aksesori berwarna-warni bagi melambangkan masyarakat majmuk di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan Pemenang Ratu Universe 2019 Yang Penuh Inspirasi Buat Orang Terpegun

Foto: Twitter

Juruacara majlis berprestij itu, Steve Harvey menjelaskan ia adalah kesalahan teleprompter yang dirujuk oleh beliau.

Harvey dalam kenyataannya berkata, pihak penganjur sepatutnya berhenti daripada melakukan perkara ini kepadanya.

Steve Harvey menemu bual Shweta Sekhon sewaktu Malaysia diumumkan Pakaian Kebangsaan Terbaik di Ratu Universe 2019 sebelum anugerah berkenaan ditarik balik. Foto – Deadline

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Jun 2026

Isa Khan Anggap Lelaki Curang Tak Layak Bergelar Suami, Persoal Kemampuan Jadi Imam Keluarga

Isa turut mempersoalkan kemampuan seseorang lelaki untuk menjadi pemimpin keluarga sekiranya sudah berlaku curang sebelum mendirikan rumah tangga.

Hiburan Sat, 4 Oct 2025

Anzalna Nasir Terharu Anak Jadi Imam Solat Hajat Global Sumud Flotilla

Anak Anzalna Nasir jadi imam Global Sumud Flotilla

Featured Wed, 13 Sep 2023
Trending Thu, 19 Jul 2018

There Will be a New Minimum Wage Implemented Soon

Hopefully it’s a good raise compared to the peanuts people are earning now.

Featured Wed, 5 Mar 2025

“Kalau Mahu Buat Benda Baik, Harus Jemput Mereka Yang Mahu Bersama” – Nora Danish Tak Kekok Hadir Majlis Ilmu Bersama Bekas Suami

Tidak salah jika mahu berbuat kebaikan apatah lagi Nedim juga adalah bapa kepada anaknya.

error: Content is protected !!