Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella January 12, 2022 @ 11:17am

Cucu Menangis Enggan Berpisah Dengan Datuk Setelah Dua Tahun Terpisah Akibat PKP

Ketika negara kita dilanda Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak keluarga yang terpisah dan hanya dapat bersatu semula selepas kebenaran rentas negeri dilonggarkan.

Tidak ketinggalan, keluarga ini juga terpisah dengan datuk dan nenek di kampung selama dua tahun disebabkan pelaksanaan PKP tempoh lalu.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @emothuzaiman, berkongsi detik sedih perpisahan antara anak lelakinya dan datuk kesayangan.

@emothuzaimah

InsyaAllah ada rezeki kami balik Pilah lagi.. #kualapilah #kampungkepis #baliksarawak #fyp

♬ original sound – Rosalinda Nelly – maimunah🐯

Video tersebut mengundang sebak netizen apabila kanak-kanak lelaki itu enggan berpisah dengan datuknya namun setiap pertemuan pasti ada detik perpisahan.

Lebih menyedihkan apabila datuk sanggup mengejar kereta mereka semula dengan motor yang ditungganginya sehingga ke persimpangan jalan untuk memeluk cucunya kembali.

“Hari ini balik Sarawak. Sebulan lebih Awin duduk dengan atok di Kuala Pilah setelah dua tahun tidak dapat balik sebab PKP.

“Atok pun kejar Awin sampai dekat simpang jalan,” kata wanita itu dalam video tersebut.

Kita dapat melihat hubungan rapat antara datuk dan cucunya apabila pelukan mereka begitu rapat antara satu sama lain kerana enggan berpisah.

“Dia punya rindu itu tak boleh nak ungkap” – Netizen

Melangkah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat detik perpisahan itu dan tidak menafikan kasih sayang yang erat antara datuk dan cucu tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 14 Aug 2018

Dikritik Netizen, Nabila Huda Balas Balik!

Tidak berdiam diri, Abil lantang bersuara membidas komen-komen netizen

Trending Mon, 11 Nov 2019
Trending Tue, 5 May 2020
Hiburan Wed, 21 May 2025

Home of Ejen Ali! Kool 101 Jadi Hab Rasmi Ejen Ali The Movie 2

Kool 101 diumumkan sebagai Home of Ejen Ali yang menjadi hab rasmi bagi segala aktiviti promosi filem EATM2.

Trending Thu, 26 Mar 2020
Trending Tue, 27 Jul 2021

Bisnes Terkesan Kerana Pandemik Tak Jadi Penghalang Untuk Mila Jirin Bantu Orang Ramai

Perniagaan perkahwinan dan kembara umrah yang diusahakan oleh penyanyi Mila Jirin terkesan kerana kehadiran pandemik sejak tahun lalu. Namun begitu, Mila tidak berdiam diri dan berusaha menyelamatkan pekerjanya yang ramai dengan menceburi pelbagai bisnes lain […]

Featured Mon, 10 Apr 2023
Hiburan Tue, 18 Dec 2018
error: Content is protected !!