Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 27, 2021 @ 2:06pm

Bisnes Terkesan Kerana Pandemik Tak Jadi Penghalang Untuk Mila Jirin Bantu Orang Ramai

Perniagaan perkahwinan dan kembara umrah yang diusahakan oleh penyanyi Mila Jirin terkesan kerana kehadiran pandemik sejak tahun lalu.

Namun begitu, Mila tidak berdiam diri dan berusaha menyelamatkan pekerjanya yang ramai dengan menceburi pelbagai bisnes lain termasuklah menjual kek, durian dan kini bisnes tempahan makanan atas talian demi menyelamatkan syarikat dan pekerja.

“Kita tak pernah duga Allah beri ujian besar ini. Memang ramai yang bergelut. Bayangkan orang yang susah lagi bertambah keperitan. Jujur sejak memperlahankan rentak dunia seni dan beralih ke bidang niaga, saya tak pernah ada sekelumit rasa seperti hilang arah atau kecewa. Saya yakin pilihan Tuhan berikan ke cabang niaga ini ada hikmah tersendiri.

“Cuma sekitar April tahun lalu saya tak boleh tipu, memang rasa paranoid apabila syarikat kena tutup berbulan-bulan. Restoran Embun Urai yang saya usahakan turut ditutup sementara. Dalam hati apa akan jadi kepada survival enam syarikat saya dan 117 orang pekerja sepenuh masa serta sambilan.

“Tapi saya dan suami atasi kegetiran itu dengan mempelbagaikan skop niaga dengan sumber yang ada. Memikirkan nasib pekerja yang ramai, hati jadi sayu. Tak gamak buang mereka sebab ada yang sudah sedekad bekerja untuk saya,” katanya.

Naluri ibu dan kemanusiaan Mila tersentuh saat sedar ramai yang bergelut dengan pandemik COVID-19 dan orang kuat jenama perniagaan Bizmilla itu enggan berpeluk tubuh.

Malah, isteri kepada Ailis Mustapha ini bersyukur kerana ruang membantu itu dipermudahkan menerusi Kempen RM5 Juta Tunai Percuma dengan kerjasama Malakat Mall.

Kempen bermula 31 Julai itu diharap dapat mengurangkan beban masyarakat termasuk mereka yang berdepan kesukaran saat ini.

“Memang besar harapan saya supaya kempen ini dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan beban masyarakat kita. Cita-cita saya memang mahu membantu lebih 100,000 keluarga ini.

“Peruntukan wang tunai RM5 juta dalam bentuk cash back itu diberikan kepada pelanggan yang membeli kredit tambah nilai untuk membeli barangan harian secara fizikal di kesemua lokasi Malakat Grocer di Selangor, KL dan Melaka.

“Kempen ‘RM5 Juta Tunai Percuma’ ini akan dilancarkan pada 31 Julai ini di laman sesawang www.bizmillagrocer.com bermula jam 10 Pagi. Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila bila masa menggunakan E – Wallet di Malakat Eco App,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Jun 2021

Akhirnya..Selepas 10 Tahun Menyepi, Ini Khabar Terbaru Anita Sarawak!

Sedekad yang lalu, penghibur popular Anita Sarawak, tiba-tiba menyepi daripada dunia hiburan. Perkhabaran terakhir daripada adiknya, Noorkumalasari mengatakan beliau kini bermaustatin di luar negara bersama suaminya, Mahathir. Terbaru, seorang wartawan hiburan bernama Shuib Taib akhirnya […]

Featured Fri, 6 Dec 2024
Featured Thu, 4 Feb 2021

PM Nasihat Agong Untuk Bubar Parlimen Selepas Covid-19 Reda

Semoga kita dapat melalui ujian ini dengan tabah!

Featured Wed, 12 Feb 2025
Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Pilih Tak Penuhi Jemputan Rumah Terbuka, Azza Elite Bimbang Reaksi Orang Terhadap Anak Autisme

Azza Elite bimbang kehadiran anaknya, Adam yang autisme boleh menimbulkan rasa kurang selesa kepada tuan rumah dan tetamu lain.

Hiburan Wed, 5 Mar 2025

[VIDEO] Ridzuan Ridzokumura Akhirnya Buka Mulut, Kongsi Detik Pilu Allahyarham Akiko Terj*tuh Dari Tingkat 4

Ridzuan Ridzokumura tak pasti bagaimana Allahyarham Akiko boleh terjatuh

Featured Fri, 17 Dec 2021

Gara-gara Pakai Seluar Dalam Wanita Sebagai Pelitup Muka, Penumpang Lelaki Dipaksa Keluar Dari Pesawat

Seorang penumpang lelaki dipaksa keluar dari sebuah pesawat di Florida selepas dia berkeras untuk memakai sehelai seluar dalam perempuan berwarna merah sebagai pelitup muka. Lelaki berkenaan, Adam Jenne, 38, diminta turun sebelum pesawat itu berlepas […]

error: Content is protected !!