Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 9, 2024 @ 3:21pm

Wajah Mirip Nobita Buat Syasya Rizal Terpikat Pada Suami

Suami bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu Nasrullah tidak terasa apabila ada segelintir pihak yang menyamakan wajahnya dengan watak Nobita daripada animasi popular Doraemon.

Malah, Nasrullah atau lebih mesra disapa Nas berkata kenalan rapatnya juga ada memanggilnya Nobita.

“Sebelum ini ada sahaja kawan-kawan atau kenalan terdekat yang panggil saya dengan gelaran Nobita. Tapi saya tidak kisah pun.

“Kalau ada persamaan dengan Nobita, mesti saya dah terkenal dari dulu,” katanya berseloroh.

Nas berkata demikian ketika ditemui pada majlis resepsinya bertempat di Magica Hall Subang Jaya, pada Sabtu.

Dalam masa yang sama, Syasya yang merupakan peminat animasi Doraemon itu mengakui antara sebab dia tertarik dengan suaminya itu adalah kerana wajahnya yang mirip Nobita, selain memiliki keperibadian yang baik.

“Itu juga adalah salah satu sebab saya tertarik dengan dia, sebab macam Nobita. Saya kan memang suka cerita Doraemon.

“Jadi setiap kali tengok dia, mengingatkan saya dengan cerita Doraemon,” katanya sambil memandang suaminya dengan penuh cinta.

@xtra_my

Replying to @Putri🫰 Syasya peminat cerita Doraemon, sekali dapat husband mirip Nobita.. comel jee tau lovebirds nii! #sembangentertainment #fyp #syasyarizal #syasyadolla #NaskahCintaUntukSyasya

♬ original sound – XTRA – XTRA

Syasya mula rapat dengan suaminya, Nasrullah yang merupakan rakan baik kepada abangnya.

Setelah kira-kira 2 tahun mengenali isi hati budi masing-masing, mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga yang dirancang bermula dari hujung tahun lalu.

Berkongsi mengenai istimewanya Nasrullah di hati Syasya, cucu kepada pelakon senior Rozie Othman ini berkata dia dan suami mempunyai banyak persamaan.

Sebelum ini, nama Syasya menjadi sebutan hangat selepas dia membuat keputusan sudah tidak bersama dengan kumpulan Dolla atas perkara peribadi pada 8 Jun lalu.

Malah, pada 21 April lalu Syasya dan Nasrullah sah mendirikan rumah tangga selepas tular foto-foto pernikahan mereka di media sosial.

Artikel Berkaitan: Isu Nenek Tak Restu Perkahwinan, Ini Respons Syasya Rizal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Apr 2022

Pernah Bekerjasama Dengan Maher Zain, Syed Salahuddin Muncul Dengan Iktiraf

Jejaka kacukan Arab & Melayu itu kini muncul dengan single Iktiraf.

Hiburan Thu, 13 Feb 2025

Dah Ada Anak, Penyanyi Ditangkap Khalwat Pernah Gagal Dalam Perkahwinan Beberapa Kali

Sumber mendedahkan penyanyi ditangkap khalwat sudah mempunyai anak, serta pernah gagal dalam perkahwinan

Selebriti Thu, 26 Oct 2023
Trending Wed, 2 Sep 2020
Hiburan Tue, 7 Nov 2017

KAHWINI ERRA TAHUN DEPAN, MUKTAMAD! – SHAHIR

Beberapa hari lepas kita sering melihat turun naiknya “headline” mengenai gosip peserta AF Megastar , Shahir Zawawi. Mengulas lanjut kenyataan berhubung gosip adakah pramugari yang dikenali sebagai Mona itu adalah kekasihnya?

Featured Tue, 13 Dec 2022

Nafi ‘Playboy’, Ismail Izzani Tegur Individu Wanita Sebar Gosip Liar – “Saya Minta Maaf, Tolong Berhenti Ugut”

Alahai kesian Ismail Izzani 🥲 Kalau dah sentuh isu keluarga ni, kita pun jadi geram! 🥵

error: Content is protected !!