Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 17, 2025 @ 12:02pm

Spekulasi Kahwin Baru Akhirnya Terjawab, Bonda Rozita Kongsi Foto Bersama Suami

Usahawan sensasi, Bonda Rozita Ibrahim mendedahkan wajah suami barunya, Ustaz Khairul sekali gus meleraikan spekulasi sudah berkahwin lain.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Bonda berkongsi beberapa foto ketika menunaikan ibadah Umrah bersama suami, baru-baru ini.

“Selesai Umrah bersama Ustaz Khairul. Bonda datang bertiga melalui agensi peribadi,” tulisnya.

Di ruangan kapsyen tersebut juga, Bonda turut menzahirkan ucapan doa agar terus istiqamah dalam ibadah, selain memohon diampunkan dosa-dosanya.

Sebelum ini, anak Bonda Rozita iaitu Nur Ain Sufiyah, akhirnya mengesahkan bahawa ibunya telah sah mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Menerusi sebuah sesi siaran langsung yang tular di platform TikTok, Ain memaklumkan bahawa pernikahan ibunya dengan abang kepada pelakon Rebecca Nur Al Islam berlangsung secara sah mengikut hukum Islam.

Terdahulu, timbul spekulasi bahawa Bonda Rozita telah berkahwin dengan abang kepada aktres Rebecca Nur Al Islam selepas satu sesi siaran langsung di Instagram (IG) menunjukkan dirinya bersama seorang lelaki yang sama.

Desas-desus itu semakin kuat diperkatakan apabila Rebecca turut meninggalkan komen di media sosial yang menggelarkan Bonda Rozita sebagai  ‘kakak iparku’, seolah-olah mengesahkan spekulasi yang bertebaran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Julia Ziegler Hamil 4 Bulan, Naik 10 Kg?

Berbadan dua menyebabkan berat badan pelakon, Julia Ziegler naik 10 kilogram….

Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Hiburan Mon, 12 Sep 2022
Trending Tue, 21 Sep 2021

“Masa Pantang Jaga Makan, Habis Pantang Makan Ayam Goreng…” – Dr. Say Mengaku Isteri Tak Berpantang, Amal Makanan Sihat & Seimbang

Personaliti media sosial dan pengacara, Dr. Say Shazril atau nama sebenarnya, Shazril Shaharuddin mengakui isterinya, Dr. Azura Abas tidak pernah berpantang semenjak kelahiran anak pertama mereka, Aezriel. Baru sahaja menimang cahaya mata kedua, Sefriel pada […]

Hiburan Thu, 9 May 2024
Trending Sun, 24 Sep 2023
Trending Sat, 16 Jun 2018

超狂的双人酒杯要「动作同步才能喝」

独饮虽然很有情调,但有时候也会稍嫌无趣,跟朋友一起喝才HIGH!

Hiburan Tue, 8 Oct 2019

‘Saya Tinggalkan Dia Kerana…’- Natasha Hudson Cerai Kali Keempat

Kata Natasha, ini adalah pengalaman perkahwinan yang paling teruk buatnya!

Featured Thu, 19 Feb 2026

“Sayangku Yang Tinggal Buat Kami Hanya Kenangan Denganmu” – Ibu Titip Luahan Khas Sempena 6 Tahun Pemergian Ashraf Sinclair

Pemergian Allahyarham Ashraf meninggalkan seribu satu kenangan manis buat mereka sekeluarga selain terpaksa menanggung rindu kehilangan anak tersayang.

error: Content is protected !!