Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 18, 2023 @ 1:08pm

[VIDEO] Dikritik Sebar Aib Suami Berzina Dengan Penyondol, Ini Respons Padu Isteri Azlan Komeng – “Sampai Bila Wanita Nak Dib*dohkan?”

Isteri kepada pelakon, Azlan Komeng, Nur Nilam tampil membidas komen individu yang mengkritik dirinya kerana menyebarkan aib suami ke serata dunia.

Wanita mualaf kacukan Sepanyol dan Thailand ini dengan tenang menjawab komen tersebut menerusi sebuah video di platform TikTok miliknya sebentar tadi.

“Maaf akak, satu dunia dah tahu yang lagi akak berzina, aib suami akak,” tulis individu berkenaan.

Menurut Nilam, ada sesetengah aib suami yang perlu dibuka demi menakutkan demi mendapatkan keadilan, terutamanya buat para isteri yang teraniaya.

“Kadang kadang ada aib yang perlu kita buka, sebab manusia ni malu, takut, segan dengan manusia. Manusia tak takut, tak sedar dengan Tuhan.

“Mungkin sebab asbab benda ni berlaku, kemungkinan besar penyondol-penyondol tu takut, malu. Salah mereka, bagi video tu pada aku supaya aku takut, sedih, murung.. akhirnya kami suami isteri bergaduh.

“Berapa ramai isteri-isteri kalah dalam peperangan dengan penyondol ni semua sebab alasan aib suami. Sampai bila isteri ini nak takut, malu… sampai nak buka jabatan agama pun takut, sanggup dibodohkan,” katanya.

Azlan Komeng

Tambahnya, Nilam hanya memberi teguran secara terbuka dan sekiranya benar dia membuka aib suami sudah pasti dia akan berkongsi video l*cah dikongsikan penyondol yang tidak dikaburkan itu.

“Aku punya pemikiran berbeza, kalau aku nak buka aib aku dah kongsi video tu. Cerita ini cerita lama, bukan waktu dia (suami) berkahwin dengan aku.

“Aku tegur secara bersemuka di media sosial, saya ajak dia (penyondol) tak nak, tapi tak nak. 2 tahun aku reda, terima… Aku tak mengharapkan viral.

“Sebagai isteri kena tegur suami sekiranya dia buat perkara tak baik. Tapi mereka berani ke? Kebanyakannya tak sebab semua sayang, cinta.

“Kalau kita masih pegang kepada aib, kita tak akan dapat keadilan. Perkara pertama kena sayang dan cinta adalah diri sendiri. Fikir asbab ‘aku buat perkara macam ni Ya Allah bantulah aku’. Semoga faham,” akhirnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai para wanita bersetuju dengan respons Nilam terhadap dakwaan membuka aib suami itu.

Terdahulu, Nilam mendedahkan gangguan pihak ketiga menerusi beberapa video di akaun TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Isteri Azlan Komeng Dedah Penyondol Cuba Sihir, Runtuhkan Rumah Tangga – “Kau Hantar Video L*cah, Gambar B*gel!”

Artikel Berkaitan: “Tindakan Penyondol Hantar Sihir, Beri Video L*cah & Foto B*gel Tak Buat Saya Mengalah” – Ini Sebab Mengapa Isteri Azlan Komeng Tetap Setia Dengan Suami

Dakwa Nilam, wanita tersebut cuba menjatuhkan rumah tangganya bersama Azlan melalui sihir dan menghantar video-video lucah bersama pelakon itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 7 Mar 2026

“Lagu Raya Tak Perlu Terlalu Kreatif!” – Noraniza Idris Puji Lagu Shiha Zikir, Tak Kisah Dilabel Tak Relevan

Menurut Noraniza, lagu raya tidak seharusnya terlalu mengejar trend muzik semasa

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Hiburan Fri, 9 Feb 2018

HERE’S THE TOP 10 MOST LISTENED-TO KPOP GROUPS ON SPOTIFY

These bands are doing really well and the stats are here to prove it.

Hiburan Thu, 23 May 2019

Tak Mahu Komen Banyak, Kaka Azraff Mohon Maaf

Sempena bulan baik ni, Kaka Azraff ingin memohon maaf jika ada kesalahan yang pernah ‘mengusik’ mana-mana pihak…

Hiburan Sat, 11 Jan 2020
Contest Mon, 17 Feb 2020
Events Tue, 24 Sep 2019

Azlan The Typewriter, BoboiBoy and Many Others ‘Lights Up!’ Cyberjaya Multimedia Fest 2019

CMF 2019 celebrates the best of local creative industries under one roof!

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Perempuan DM Ayda Jebat Ajak ‘Couple’?

Ni tuntutan watak je lah…Ayda masih perempuan sejati.

Trending Sat, 22 Aug 2020
error: Content is protected !!